Tuesday, October 13, 2015

BERLAJAR MENJADI TABAH

Melalui saat-saat sukar ketika ini benar-benar menguji aku. Aku sukar untuk memberi tumpuan sepenuhnya di pejabat. Aku seorang yang ceria asalnya. Tetapi ujian ini telah merubah diri aku. Aku menjadi semakin murung. Dan kadang kala aku terfikir adakah aku akan mengalami tekanan yang teruk. Jika boleh bercuti berbulan-bulan, ingin saja aku bercuti. Lantas, aku cuba berisghtifar. Mengingati yang Maha Pencipta. Cuba menyedari hakikat seorang hamba yang sememangnya layak diuji. Tapi kadang aku lemah juga. 

Aku tahu aku harus kuat.. Ada seorang putera kecil yang harus aku besarkan dengan dua tanganku. Melihat kisah-kisah duka wanita lain, ujian aku tidaklah seteruk mereka. Ada yang lebih teruk tetapi masih boleh kuat bangun teruskan hidup. Ya.. aku harus berfikiran positif. Harus kuat. Harus belajar menerima hakikat hidup bahawa suami juga adalah milik Allah dan Dia berhak mengambil semula daripadaku.

Walaupun ia masih belum berlaku, tapi masanya hampir tiba. Ia telahpun berada di peringkat akhir setuju balas perjanjian.  Entahlah.. otak aku kosong. Aku hanya fikirkan anak. Menatap wajah sikecil hatiku, jiwaku meruntum. Aku telah berusaha sebaik mungkin menyelamatkan mahligai yang dibina 5 tahun lalu. Tapi apa daya aku... Jika yang benar-benar inginkan mahligai ini roboh adalah dia.. 

Menoroti kata-kata Nora Danish satu ketika dulu:

Sebagai seorang wanita dan isteri, saya telah berusaha sehabis baik untuk menyelamatkan rumah tangga kami. Saya juga faham dugaan itu adalah lumrah sebuah perkahwinan. Namun siapalah saya untuk mempertahankannya kalau talak itu terletak di tangan seorang lelaki.

Ya.. Ia adalah milik seorang lelaki..

Ditambah pula pada saat ini aku seperti sudah tidak wujud dalam hidup. Di fb juga sudah tiada aku.. Seolah-olah ia telah berlaku. Aku juga dapat merasakan kawan-kawannya juga menganggap perkara yang sama walhal hakikatnya tidak. Aku masih isteri kepada dia!


Wahai anak kesayangan mama.. Muhammad Danial Isaac, Mama cuba menjadikan blog mama ini sebagai nukilan indah buat kita sekeluarga. Tetapi mama gagal, kerana akhirnya tercalit juga nukilan duka setelah dua tahun menyepi. Mama akan cuba juga redha. Mama sedar, mama bukanlah yang terbaik. Terlampau banyak cela dan kekurangan dalam diri mama. Mungkin akan ada sinar baru buat kita wahai anak selepas ini. Janji Allah itu pasti.

Doa, usaha, ikhtiar dan tawakal.
Ya.. Doa, usaha telah ku lakukan.. Ikhtiar seterusnya dalam proses untuk cuba dilakukan. Sekiranya masih menemui jalan buntu, maka tawakal kepada Allah swt adalah jalan yang terbaik. Dia lebih mengetahui segalanya. Walaupun setelah melakukan istiqarah dan hajat masih membuatkan aku merasa jodoh masih ada dengan dia, tapi aku masih tidak nampak jalan ke arah itu. Setahun berusaha adalah satu tempoh yang agak panjang dan telahpun dibazirkan. Sepatutnya telah banyak pahala dapat dibuat bersama suami tercinta.

Ya Allah bantulah hambaMu ini untuk menjadi tabah dan kuat dalam mengharungi dugaan Mu ini. Sungguh aku hambaMu yang lemah. Namun aku bermohon agar Engkau tidak sesekali meninggalkan aku sendirian dalam menempuhi ujian ini. Berkatilah usaha ku Ya Allah. Hanya kepadaMu ku berserah. Kau jadikan aku hambaMu yang redha dengan segala kententuanMu.
Aamiin Ya Rabb



1 comment:

  1. Setiap orang pasti mempunyai masalah dalam kehidupannya masing-masing. Maka dari itu jangan merasa kalau hidupmu itu paling menderita, paling susah, dan paling menyedihkan. Cubalah lihat orang-orang diluar sana, banyak yang lebih susah dari pada kamu kan? apa mereka mengeluh? teruskan sahaja Jalani hidup seperti biasa.. betul kata kamu.. Kamu sedang diuji..hadapi masalah dan cHidup yang kamu keluhkan itu adalah hidup yang orang lain inginkan. Bersyukur dan bersabar adalah cara termudah untuk menghadapi masalah. Well, mulai sekarang kurang-kurangilah mengeluh. Karena kalau kamu kebanyakan mengeluh itu cuma menimbulkan banyak beban dihati... -AFA-

    ReplyDelete