Monday, September 28, 2015

AKHIRNYA.. DAPAT JUGA ACCESS


Assalamualaikum... Dah 2 tahun aku tidak mengarang dalam blog kesayangan aku ni. Banyak cerita tidak dapat aku kongsikan di sini. 

Apa pun harini aku bersyukur kerana akhirnya aku dapat access semula blog ni setelah lupa password. Hehehe.. Alhamdulillah.. Allah izinkan untuk aku mengarang semula. Dah putus asa jugak sebelum ni.

Hari ni aku sebenarnya dah bekerja di Putrajaya.  Syukur banyak-banyak kehadrat Ilahai akhirnya doaku, doa dari ibubapa dan suami telah dimakbulkan Allah swt.  Aku berjaya juga dapat kerja tetap.  Bekerja dengan kerajaan sebagai Penguasa Kastam.

Keluarga dan suami adalah insan yang paling gembira tatkala mendapat berita ini.  Syukur alhamdulillah. Suami memberikan aku satu pelukan yang cukup bermakna. Setelah bertahun-tahun memohon dariNya, akhirnya dikabulkan siapa yang tidak gembira kan?

Walaupun aku gembira, tapi disudut hati aku terbeban dengan satu perasaan berat. Mungkin ini takdir Allah bila Dia berikan sesuatu pada kita, akan ada sesuatu yang mungkin Dia tarik daripada kita.

Tidak mahu terus menuding jari pada sesiapa mahupun mencari silap orang lain kerana khilaf sendiri adalah lebih besar, aku redha atas segala ujian Allah swt buat aku. Sungguh ujian yang ditimpakan buat aku benar-benar merubah hidup aku. Ia mengajar aku untuk lebih mendekatkan diri kepadaNya. Lebih menghargai sesuatu. Dan lebih menginsafi diri.

Aku syukur kerana dengan ujian ini juga Allah melimpahkan aku hidayah. Mungkin dengan cara ini sahaja untuk aku tidak terus leka dengan mainan dunia. Syukur Ya Allah.  Awalnya bukan mudah untuk aku terima semua keadaan ini, tetapi Allah akhirnya memudahkan untuk aku. Aku belajar mencintai Dia melebihi segalanya.

Aku juga belajar memperbaiki diri. Mencari silap sendiri, mencari kekurangan diri lalu perbaiki segalanya. Aku sedar aku mungkin tidak mampu menjadi sempurna, namun aku tahu, setiap insan diberi peluang untuk berubah menjadi lebih baik. Ya aku berubah kerana Allah swt dan bukannya kerana manusia.

Bila tiba masanya nanti, aku harus kuat. Kuat dalam menerima takdir Allah swt yang lebih berat. Namun aku berharap pada ketika ia terlafaz, aku menerimanya dengan tenang. 

Firman Allah لا يكلف الله نفساً إلا وسعها , bahwa Allah tidak membebani seseorang diluar kemampuannya.
(Al-Baqarah: 286)

InnShaaAllah, aku dapat melaluinya dengan baik. Setelah aku memohon petunjuk daripadaNya, melakukan solat hajat memohon untuk diberikan apa yang terbaik buatku, dan doa tanpa putus, namun sekiranya Allah swt tidak menunaikan hajatku, maka pasti ada sebabnya. Allah swt luas pengetahuanNya. 

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” 
(Al-Baqarah: 216)

Apa pun yang akan terjadi kelak, aku harus sabar. Tidak pernah terlepas dalam doaku selesai solat agar dilimpahkan aku dengan kesabaran dan kekuatan hati agar menerima takdir Allah swt dengan lapang hati.  Juga menjadikan aku hambaNya yang sentiasa bersyukur dengan segala nikmatNya serta tidak berputus asa dengan rahmatNya.

“Wahai Orang-orang yang beriman!, Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan salat. Sungguh Allah beserta orang-orang yang sabar”. {QS. Al-Baqarah (2): 153}.

Petikan ayat-ayat Al-Quran ini banyak memberi aku semangat dan berfikir dengan lebih tenang untuk menerima segala takdirNya. Moga hari-hari mendatang lebih memberi seribu rahmat buatku sekeluarga. Aaminn Ya Rabb.