Friday, February 15, 2013

THANKS TOKWAN!!~


Oh!~ Lupa nak update..
Minggu lepas tarikh 1 Februari 2013
Kami balik 'kampung' Putrajaya.. Hehehe..

Masa sampai kat sana yang ada maktok and makcu..
Esoknya baru tokwan balik.. Tokwan Isaac la.. hehehe..

Tokwan memang dah asyik cakap je kat Isaac nak belikan hadiah.
Katanya kene share dgn adam.. Cousin Isaac.

Kata tokwan, hadiah tersebut berupa seperti alat bantuan belajar.
Untuk kanak-kanak..
Boleh sebut ABC dan ada lagu.
Ada button huruf ABC - Z..
Timbul dan mudah untuk ditekan.





Jadi, seperti dijanjikan..
Tokwan pon beli la hadiah tersebut..
Sebijik bas bewarna merah..
Nampak tak dalam gambar tu?
  Memang keje menekan la Isaac kan..
Sebab ade lagu..
Tersengeh-sengeh dia..
Siap joget-joget lagi.
Tapi yang tak boleh blahnye..
Isaac siap naik atas bas tu!!
Anak oh anak!!
 
Apa pon TQVM tokwan!!~ :)    

Friday, February 1, 2013

CARA-CARA PENYEDIAAN EBM SEBAGAI BEKAL KE RUMAH PENGASUH

Salam....

Harini saje aku bermood untuk share camne aku prepare ebm setiap hari untuk dibekalkan kepada anak teruna aku sorang tu untuk dibawa kepada pengasuh.  Anak aku sekarang dah umur 1 tahun 6 bulan. So, Alhamdulillah aku dah dapat Master in Fully Breastfeeding!~ Hehehe.. 6 months to go. Bolehkah aku? Akan aku usaha sehabis mungkin. Tak berjaya nak buat macam mana ye tak?
Sebagai ganjaran untuk diri sendiri.. Nah! Skrolnye.. Hehehe..


Okey, so far aku akan bekalkan 5 botol ebm setiap satu mengandungi 4 oz. Aku bekalkan skrang ni 4 botol thawed ebm dan 1 botol fresh ebm. Oh! Aku memang dah tak dpt nak buat mcm dulu-dulu disebabkan susu aku dah tak banyak macam dulu sedangkan anak aku punya demand makin tinggi.

Alrite! Camne aku prepare EBM tu...??

Mula-mula aku akan cairkan Frozen EBM. Biasa aku buat pada waktu malam pukul 9 malam ke atas. Aku akan 1) rendam dalam bekas mengandungi air paip biasa semalaman dan masukkan dalam peti sejuk. Esok pagi baru tuang dalam botol. Kekadang kalau cair cepat aku transfer ke dalam botol malam tu jugak. 

 Frozen EBM dalam botol

Frozen EBM dalam BM Storage Bag
 Masukkan dalam peti sejuk
(tak masukkan dlm peti ais pon takpe. Biar kat luar cepat sikit cair)
Untuk makluman, thawed ebm tahan dalam tempoh 24 jam dari kita mula cairkan. Oleh yang demikian, kita kena tahu tempoh sehingga bila anak kita boleh habiskan susu tersebut.
Macam aku, aku dah tahu jam 6.00 ptg aku datang amek anak aku, kompem susu tu dah habis. So, pukul 8.00 malam dah start boleh cairkan frozen ebm.
PERINGATAN
Jangan sesekali cairkan frozen ebm dalam suhu bilik okeh!!~   
Maksudnya kene rendam dalam air paip ke.. atau lalukan kat air paip ke.. okeh?

Then, bila frozen ebm dah bertukar kepada thawed ebm 
boleh lah 2) tuang ke dalam botol mengikut keperluan anak kita.

Lepas dah tuang ke dalam botol, bolehlah 3) labelkan botol tersebut dengan nombor
mengikut tempoh expired paling awal seperti dalam gambar kat bawah nih.. :)

Comel tak? Hehehe..
Nombor yang comel-comel nih aku beli dengan sorang member.
Aku kenal kat group Kumpulan Ibu-ibu Menyusukan (KIM) @ Facebook.
Tapi akhirnya aku jumpa jugak kat kedai RM2 kat bandar Kuantan.
Hehehehe...

Lagi senang sebenarnya guna nombor-nombor yang comel nih.
Dapat jimatkan masa kita.
Tak payah la setiap hari nak guna masking tape & tulis nombor. 
Tapi ade setengah org yang kreatif diaroang buat sendiri.
So, terpulang pada individu.

Apa-apa pon mesti kene label nombor bagi memudahkan pengasuh untuk 
beri susu kepada anak kita. :)

Untuk pengetahuan, botol nombor 1 aku guna Fresh ebm, 2 - 4 frozen ebm dan 5 chilled ebm.

BUT, untuk masa tengah kritikal nih 
dengan production susu tak berapa memberangsangkan
aku buat:
No. 1 = Fresh EBM & No. 2 - 5 Frozen EBM.

Aku akan praktik semula cara pertama sebab lebih elok sebenarnya.
Kalau susu nombor 5 tidak dapat dihabiskan boleh dibekukan.
Jadi, taklah pembaziran berlaku.

BUT again, so far.. tak pernah tak habis.. Hahahaha... Isaac kuat minum susu okeh!~
        
And then, aku 4) masukkan ke dalam bekas penyejuk.
Ade certain orang akan guna cooler bag.
Di rumah pengasuh, dia akan masukkan dalam peti sejuk.
Senang.. :)
Sekian, untuk hari ini..
Chowz!~