Monday, December 24, 2012

DIA CHENTA HATIKU..

Teringat lagi masa mula-mula aku disahkan mengandung. Gembira tidak terpalang aku dan suami bila mendapat berita tersebut.  Sebenarnya aku tak sangka mengandung sebab tiada tanda-tanda ketara menunjukkan aku mengandung.  Semuanya biasa-biasa saja. Sebab pada masa tu aku sedang sibuk membuat latihan badminton untuk pemilihan mewakili Kementerianku pada ketika itu untuk perlawanan antara agensi. 

Sehingga la aku runsing memikirkan kenapa selera makanku hilang secara perlahan-lahan. Aku sangkakan perut masuk angin ke ape.. Padahal aku ni punya lah orangnya kuat makan kan.. Alih-alih jadi macam tu.. Buat biasa lagi... Tak aspect la katakan..
Then, macam biasa gi la latihan badminton lagi.. Kepala rasa melayang. Badan rasa takda power.
Siap beli air 100 plus lagi. Kuikuikui.. Then bagi tau bos (ada pon join jugak latihan tu). 
Dia cakap maybe sebab tak cukup rehat sebab kat ofis masatu mmg tengah hectic gile.. 
Dia soh aku banyakkan rehat tapi nak rehat camna.. Jadi aku dok jek la kat kerusi tepi gelanggang.. Balik pon awal mlm tu..

Sampai la satu haritu aku ada muntah-muntah.. Aku sangka aku demam. Tapi badan tak panas pon. Masatu lah aku dah rasa hint-hint yang aku nih pregnant. 
Saje cite kat kakak aku, then dia advice gi klinik.
Jeng.. Jeng.. Jeng.. Memang sah aku megandung 6 weeks dah masa tu..
 Hehehe.. Syukur sangat!!

So, training badminton - off. :D

****************************************************

MABUK , LOYA & MUNTAH

     Aku mabuk toksah cakap la...  Memang naik lembik la dibuatnya..
Asal makan aje muntah.. Asal minum je muntah..
Mane tak lembik yer tak??

Teh and roti memang out.. Tak boleh langsung sepanjang pregnancy aku..
Sampai 7 bulan barulah alahan aku reda..
Kalo aku tak amek teh and roti jadi takda masalah lah untuk bulan-bulan yang selanjutnya..

Pernah sekali aku tak tau yang memang aku alah sangat dengan teh and roti..
Naik bas dari KL - Kuantan. Sebab meeting kat KL.
Takda sape anta. Nak naik flight tak bole lagi pasal waran tak boleh keluar lagi.
Tak mau guna duit sendiri bayar tiket flight.
Okey, jadi sanggupkan aje naik bas.

Sambung kesah naik bas KL - Kuantan:
Bawak bekalan roti. Perut lapar. Makan bekalan tu.
Lagi 15 minit nak sampai bus station kat Kuantan.
Aku bluekkk... Plastik bag yang aku bawak pulak bocor.
Ceh!! Bocor la atas baju.. Ape la nasib.. Huhuhu...~

Kalo gi meeting pasti aku bawak bekal sendiri.
Seperti air kotal perisa coklat atau milo.
Biasa la kan kalo meeting.. Air teh jek la biasanya..
Buat muka selamber aje lah.. :D  

And.. aku jugak alah pada make-up and wangian sampai la aku bersalin..
Kire sepanjang aku mengandung memang muke pucat aje lah..
Huhuhu..
 
******************************************************

 SCAN 4D

Pertama kali and rasanya the only one la kot buat 4D scan memang sangat-sangat teruja.
Almaklumla sebelum tu asik dok buat 2D aje.
Yang lagi berdebarnya tak tahu lagi jantina ape sebelum.
Scan tak pernah pon nampak.
Asik sorok aje.. Malu agaknya..
Dubdab jantung kan.. :)
Aku dan suami harapkan anak lelaki.
Tapi kalau dah ditakdirkan perempuan.
Kami terima juga dengan hati terbuka.
Rezeki kan Tuhan nak kasi anak dah syukur sangat-sangat.


Hasil 4D scan kat WYCO Specialist kat Kuantan.
Clear.. Macam mana rupa masa scan..
Camtu la masa keluar dari perut ku.. Comel anak teruna ku..
Mulut and hidungnya tak ubah macam papa dia.. :D
Yup! Doktor sahkan aku mengandungkan anak lelaki!
Yippi Horrey!!~ Tersengeh-sengeh husband aku.. kikikiki...

***********************************************************

HARI-HARI KELAHIRANYA..

Aku amik cuti dua minggu awal sebabnya memang dah tak larat nak usung perut nih.
kehulu-kehilir. Asal ade kat ofis jek kompem bos arah outstation.
Portfolio aku masatu -- Tourism. Paham sendiri kan?
Kaki aku memang dah bengkak seawal kandungan aku 7 bulan..
Hari-hari dok urut sendiri dengan minyak hijau. Takpon minyak yu yi cap limau.

Bila dah amek cuti awal, aku balik Putrajaya.
Since memang nak deliver kat sana. Fuyoh!~ Tak mau anak aku jadi orang Kuantan.
Hehehehehe... Fobia dah dengan Kuantan @ Pahang..

Hari-hari lah mama aku tanya ada tak tanda sakit.
Aku tak tau tanda sakit nak bersalin macam mana.
Yang pastinya kat bahagian bawah perut memang sangat sakit.
Mungkin sebab baby berat and dah turun ke bawah.

Aku tolong mama aku kemas dapur and memasak sepanjang dok kat Putrajaya before bersalin.
Bila rasa sakit sangat aku rehat jap. Then sambung balik kerja.
Nak buat kerja berat-berat sangat dah tak larat sangat dah.

Aku rajin juga gi berjalan kat Alamanda sebab orang kata banyak berjalan senang bersalin.
Aku ikotkan aje. Mama aku teman. Tak pon adik aku.
Tak pon time husband ada, aku jalan dengan dia la.
Kalo rasa sakit aku berhenti jap. Then sambung jalan balik.
Dua hari berturut-turut aku mengindam makan Kenny Roger's Roaster.
Belasah kan aje.. Kang tak lama nak pantang dah. Hehehe..

Sehari before bersalin - 25 Julai 2011 - Hari ulangtahun perkahwinan aku yang pertama.
Aku & husband wish baby kuar tarikh nih.. Tak pon.. Baby suka dok dalam perut mamanya.
Sampai husband pon berkira-kira nak balik Kuantan ke tak. Pasal dia kene keje.
EDD pada 27 Julai 2011 - masih tiada tanda-tanda ketara nak bersalin.

Malam tu kuar gi Alamanda - makan-makan kat Kenny Roger's Roaster lagi.
Giles la baby nih.. Kuat makan betul. Hahaha..
Before tido malam tu aku tak putus doa supaya diberi mimpi tarikh aku bersalin.
Esok pagi, suami bangun tido maklum pada aku katanya dia mimpi baby lahir 26 Julai 2012.

Dia inform bos dia tak dapat balik Kuantan lagi coz isteri dah ada tanda nak bersalin.
Tapi aku sendiri tak tau sakit bersalin. Hahaha..
Tetiba masuk toilet konon nak mandi..
Sekali cek ada keluar darah.. Terus jerit panggil husband yang sedang jemur kain kat luar.
Kelam kelibut la gi Hospital Putrajaya.


Bila masuk cek jalan - 2cm dah buka.
Mula rasa sakit. Masa cek jalan pon dah sakit gila. Huhuhu.. 
Mama pon datang.
Register and tunggu katil kosong.
Dalam pukul 12.30tghr dapat katil. Okey.. 
Rasa sakit makin terasa. Husband and mama dah balik dulu. 
2.30 petang doktor cek jalan lagi.
4cm dah buka - air ketuban dipecahkan.
Diusung masuk labour room. Takot? Mestilah..
Tapi aku doa ajelah agar dipermudahkan segala urusanku..
Dan selamat melahirkan anak sulungku.


************************************************

    
 ANUGERAH TUHAN

 Tepat jam 5.28 minit petang 26 Julai 2012 lahirlah seorang lagi hamba Allah beragama Islam..
Dan diberi nama Muhammad Danial Isaac bin Muhammad Zulkarnain.
 Alhamdulillah.. Syukur padaMu kerana mengurniakan aku amanah ini.
Akan ku jaga dia sebaik mungkin.


Anak mama.. Mama sayang Isaac sangat!!~




 :)