Tuesday, October 23, 2012

My Breastfeeding World

Salam semua.. 

Rasanya agak lama jugak tidak mengarang kat blog nih. Ada benda nak diceritakan tapi agak malas nak bukak blog. Hehehehe..

Anyway, hari ni nak bercerita mengenai "Dunia Penyusuan Susu Ibu ku".. :D

Actually, sebelum aku bersalin, aku sebenarnya 50/50 samada nak fully breastfeeding or nak bagi Formula-Milk (FM).  Lama juga aku berfikir dan menerapkan keyakinan dalam diri aku. Aku risau aku tidak mampu untuk breastfeed anak aku. Sungguh aku tidak yakin dengan kemampuan diri aku.  Bolehkah aku? Dah la saiz payudaraku kecil. Cukupkah susu aku nanti untuk anakku? Jadi makin menurunlah keyakinan diriku.

Dalam masa yang sama aku mendapat sokongan suami, dan akhirnya setelah selamat melahirkan bayi sulungku, aku cuba untuk breastfeed.  Aku tidak dapat nafikan memang agak sukar pada mulanya. Namun orang kata alah tegal biasa.. Jadi aku cuba dan terus cuba.. Dan ia memang mengambil masa yang agak lama untuk penyesuaian tersebut.

Akhirnya dengan penat lelah aku itu akhirnya membuahkan hasil.  Susu badanku bertambah banyak dan aku juga mampu membuat stok EBM dengan banyak. Pada awalnya aku buat stok dalam botol EBM yang bersaiz 5oz. Tapi aku limit pada 4oz sahaja setiap botol.  Disebabkan stok yang banyak, peti ais dua pintu aku tidak dapat menampung lagi stok-stok baru yang bakal masuk.  Akhirnya pada penghujung tahun 2011 aku decided untuk beli deep freezer.

 Ini adalah Deep Freezer aku. Aku beli brand Faber.
Stakat nih aku suka akannya. Hehehe..
Beli sendiri mestilah kene suka jugak.
Banyak dah melabor.
Masa aku beli tu RM1200. Selepas tawar-menawar dapat la RM900.
Huhuhu.. Takpe, pada aku berbaloi. :D

 Ni lah hasil pengemasan stok EBM aku masa mula-mula guna deep freezer ni.




Walaupon dah ada deep freezer, tapi masih tak muat jugak.
Sebabnya aku guna botol. Jadi aku terpaksa tumpang
semula peti ais dua pintu. Huhuhu..
Ini telah menimbulkan ketidakpuasan hati suami tercinta.
Kehkehkeh.. Katanya tak dapat nak masukkan lauk untuk masak.
Huhuhu..
 
Setelah itu, aku telah mengambil keputusan....
 
 untuk menggunakan breastmilk storage bag. 
Jimat ruang. So, banyak stok EBM yang boleh disimpan. :)
 
Sepanjang aku guna deep freezer nih dah 2x proses defrosting yang aku lakukan.
Proses defrosting nih memang perlu dibuat secara berkala
memandangkan deep freezer nih bukanlah yang jenis auto defrosting.
Jadi harus dibuat untuk memastikan ais tidak berkumpul.

Sebelum proses ini dilakukan, suiz utama deep freezer harus dimatikan.
Dan semua stok EBM perlu dikeluarkan.
Pintu deep freezer perlu dibuka bagi memastikan ais mencair dengan cepat.
Proses ini perlu dilakukan dengan cepat bagi memastikan stok EBM tidak mencair.

Ini adalah keaadan deep freezer aku sebelum ais mencair.

Keadaan setelah ais mula mencair.
Kene letak kain sebab air ais akan mengalir keluar dari deep freezer.
So, kalo tak letak kain akan jadi banjir kilat.
Hehehehe...

Keadaan deep freezer setelah dibersihkan.
Baru la semangat nak kemas stok EBM kan. 

Sangat banyak air yang terkumpul.
Huhuhuhu..

Setelah proses ini selesai, aku cepat-cepat susun EBM aku ke dalam tray.
Ini lah hasilnya..

Setiap tray aku labelkan tarikh EBM tersebut agar senang untuk aku menggunakannya.
Walaupon aku dah guna BM bag, tapi masih tak muat.
Dan aku sudah semestinya terpaksa cilok ruang kat peti ais dua pintu lagi.
Hehehehe...

  Ini adalah antara gambar kenangan semasa susuku meriah.

Aku ade bagitau yang aku sedang mengalami kemeruduman susu kan.
 Check it out stok aku setelah tempoh tersebut.

Hasil kemasan pertama setelah kemeruduman susu...

 Ada banyak rongga kan.. Hehehe..
Proses kemasan ini dibuat masa cuti hari pekerja (bulan 5 2012) haritu.

And then the second time proses kemasan dibuat,
iaitu yang the latest (malam tadi = 22 Oct 2012) selepas tempoh kemeruduman adalah....

Jeng.. Jeng.. Jeng..

Sudah ada peningkatan semula kan.. :)
 
 Stok Sept 2012

 Stok Oct 2012
 
 
Total dua-dua tray nih adalah 75 bags x 4oz = 300oz.
Walaupon dah tak meriah macam dulu, tapi aku tetap bersyukur.
Alhamdulillah...

Apa-apa pon aku akan tetap terus berusaha.. Yeah!~
 
Sekian untuk hari ini. Malam ni kami akan bertolak ke Putrajaya.
Salam Aidiladha. :)