Tuesday, September 25, 2012

Isaac Demam dan Warded Hospital

Isaac masih lagi menerima susu ibu sepenuhnya sehingga sekarang..
Cuma susu aku sudah kurang tapi aku masih belum putus asa..
Masih ada stok dan peningkatan telah berlaku sedikit demi sedikit.
Alhamdulillah, semalam aku berjaya membuat tiga bag stok EBM
dengan sukatan 4oz setiap satu bag untuk dibekukan.
Dah lama sebenarnya tak dapat buat stok macam ni.
Sejak susu merudum, aku hanya bole buat 1 - 2 bag sahaja setiap hari.
Sedangkan penggunaan frozen EBM aku setiap hari adalah  
3 bag Frozen EBM + 1 chilled EBM + 1 fresh EBM.
Sudah nampak hasilnya kalau kita tidak berputus asa berusaha
dan disertakan doa dan tawakal kepadaNya.
Syukur.

Namun, walaupon Isaac menerima susu ibu sepenuhnya dari aku.
Isaac pernah juga mengalami demam.
Setakat hari ini, 2X Isaac dah demam.

Demam yang pertama bermula sejak umurnya berganjak ke 1 tahun.
Masa ni baru awal raya.
Doktor kata Isaac ada tonsel yang bengkak.
Mungkin ikut papanya. 
Aku tak pasti kalau penyakit ini adalah penyakit genetik.

Suhu Isaac sangat tinggi masa ni sampai kene sumbat ubat untuk turunkan suhu.
38 darjah selsius.
Masa Isaac demam ni di Putrajaya..
Nasib ada tokwan yang rajin sejukkan badan Isaac.
Mama pon tau.. Berjaga malam-malam untuk basahkan rambut Isaac.
Sehinggalah demam Isaac kebah.



Isaac pon sihat seperti biasa.
Syukur alhamdulillah.

Minggu berikutnya, Isaac demam sekali lagi
dan disertai dengan muntah-muntah dan cirit birit.
Berpunca daripada minum air mentah ketika balik bercuti di Batu Pahat.
Jangan kata salah aku yer.
Ada cerita disebaliknya.
Takpa, jadi pengajaran kepada aku sebagai ibu.
Jangan terlalu ikut kata orang tua sekiranya perkara itu tidak baik untuk anak kita.
Inilah akibatnya.

Isaac telah dijangkiti rotavirus yang berpunca daripada hygience.
Ya! Air tidak dimasak. 
Korang boleh baca mengenai Rotavirus di sini:

Pada mulanya aku dan suami sangkakan Isaac demam biasa saja.
Jadi kami rujuk ke HTAA - GH.
Masa ni hari ke-2.
Kami kata Isaac demam.
Doktor kata tonsel Isaac bengkak. Sebab tu Isaac demam dan suhu masih tak tinggi.
Kami maklumkan juga Isaac cirit-birit dan muntah-muntah.
Doktor kata Isaac nampak masih aktif dan masih belum teruk dehidrasinya.
Lidah masih nampak lembab.

Jadi kami biarkan dulu.
Tapi teruskan beri ubat yang telah diberikan oleh doktor.
Masih belum ada perubahan.

 Date: 5/9/2012
Hari ke-4 Isaac nampak makin lemah.
Bila jalan Isaac jatuh. Bangun-jalan dan jatuh lagi.

Akhirnya kami rujuk KMC - PH.
Doktor kata Isaac kene admit.
Sebab dah teruk dehidrasi.
Apa yang Isaac minum akan keluar balik.
Termasuklah SI melalui najis dan muntah.
Isaac tak nak makan.

Room di KMC full.
Jadi doktor rujuk ke Pusat Rawatan Keluarga MUIP.
Isaac admit di situ.
Di bawah pemantauan Dr. Fazuliati bt. Fauzi. 

Ni adalah antara pixca-pixca Isaac masa kena warded kat hospital tempoh hari.

 Bilik Isaac kene warded.
Double-room tapi dah macam single-room dah.
Kami conquer habis. Hehehehe...

 
 Tangan si kecilku yang telah dimasuk jarum untuk drip.
Melalak si kecil ni masa mula-mula doktor nak cucuk jarum.
Nasib parents kene keluar while doc do their job.
Kalo tidak mau nanges same. Huhuhuhu...

 First day warded.
Mama pon nampak pale.
Since mama pon kene drip on the same day kat KMC.
Kene gastrik & low blood pressure.

 Lunch at the hospital.
Isaac tak nak makan.
So mama tolong licinkan.
Hehehehe.....

 
Isaac terlelap sebab keletihan.
 

 
  Second day warded.
Nampak ceria sikit.
Tapi cirit-birit dan muntah-muntah masih belum reda.
Akhirnya doc terpaksa masukkan ubat tahan muntah via drip.

 Hari pembebasan. The third day.
Walaupon Isaac masih cirit-birit dan muntah,
but he is getting better.

Kami tidak meneruskan apa-apa ubat setelah Isaac discharged from hospital.
Since, my husband ada baca an article regarding 
keburukan kepada bayi jika makan ubat tahan cirit-birit.
Doktor kasi Isaac makan ubat smecta.
Ada long term effect.
Akhirnya, Isaac baik sendiri secara beransur-ansur.
Alhamdulillah..
:)

Monday, September 24, 2012

photoshoot raya

Salam all..

Lama juga aku tidak menjengah ke blog aku nih untuk mencoret sesuatu.. Hari ini aku saje jengah. Ada benda yang aku nak share kat sini. Sudah tentulah gambar-gambar raya aku dan keluarga. Raya sebulan dah abis baru nak upload kan.. Takpe la dari takde... :D 

Jadi ini lah antara gambar-gambar raya Aidilfitri 2012 aku dan keluarga di Batu Pahat. Turn husband aku.. :) Raya tahun lepas aku masih dalam pantang okeh..

 Aku & suami..
Secocok kah kami? ;P

 Family kecilku.. :)
Nak kene cuci gambar neh masuk frame.
Hehehehe...

 Bergambar kenangan bersama keluarga suami..
Masih tak cukup korum lagi.
Ada sorang lagi tercicir.. Beliau kene keje di pagi raya..
Kesian.. 

Untuk makluman juga, pakaian kami yang berdondon-dondon ini juga
adalah disebabkan oleh tak lama lagi beliau akan jadi raja sehari..
So, kiranya alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan..
Alang-alang dah buat baju raya tu buat la yang bole guna masa kawen beliau sekali..
Hehehe.. Jimat kos.. Tak gitu?? :D

Oh! Ya! Tengok la sekenit sorang nih..
Keletah cinta hati aku yang sorang nih di pagi raya memang mencuit hati.. 
Hehehe..
 
 Anak mama sorang nih memang sangat comel!!~

Ok lah untuk hari ini.. Dah lewat.. Nak balik umah dan fetch my bintang hati!~
Jumpa lagi for the next coretan.. 
Good day all~