Thursday, August 16, 2012

Raya Punya Pasal...

Actually, memang dari awal aku telah merancang dengan rapi
supaya hari ini aku nak mengular..
 Kehkehkeh..

Memandangkan hari ni bos aku pon dah start cuti raya..
Jadi, kesempatan ini akan ku guna sebaik mungkin.

Tengah hari pukul 1 tengah hari aku dah chow chin chow..
Aku ade satu mission yang perlu dilaksanakan..
Bila lagi masa yang sesuai. Raya dah tak lama..
 
Jeng.. Jeng.. Jeng..
Menyelesaikan tugas mengecat pintu rumah aku
yang terbengkalai..

Akhirnya aku telah berjaya jugak!

dan ini lah hasilnya..

Warna coklat telah menjadi pilihan kami..
 
Kalo korang nak tau.. pintu sebelah belakang adalah warna macam pagar..
Itu dia.. belang-belang okey..
 
Kehkehkeh..
Ini berpunca daripada aku yang tersalah pilih color 
dan encik hubby tidak berkenan..
 
Tapi aku akan repaint yang sebelah dalam tu di lain masa..
Bila la tu yerrr...???  Hehehehe...

Hah! Ini jugak adalah hasil tangan aku..
Ni masa cuti Nuzul Quran baru ni..
So, aku amek peluang keemasan ni lah..

Pagi-pagi buta aku dah cat pagar umah aku neh.. 
Masa Isaac masih tido la for sure kan.. Itu untuk sebelah kiri..
Yang sebelah kanan aku cat pada waktu malam..
Masa tu Isaac tak ZZZzzz pon..
Makanya melalak la si kecik tu nak join..
So, aku dan hubby pon terpaksa berganding bahu..
Gilir-gilir la cat kan..
Dan ini adalah hasil tangan kami..

Tadaaaaa.....


Sila abaikan keadaan rumah kami tu yer..

Dan untuk tembok umah kami.. Encik hubby yang catkan..

Tadaaa....

Cat pada tembok nih harus diperkemaskan lagi.
Tunggu nanti aku yang akan buatkan..
 
Actually masih ada tembok dan dinding lain yang perlu dicat.
Almaklumlah keadaannye sangat la mengerikan.
Dah macam warna umah hantu dah..
Hehehe..
 
Dan ade tiang kat umah aku tu penuh mural 
(hasil tangan anak orang yang menyewa sebelum nih).
 
Jadi, ia harus dicat agar kelihatan menarik.
Kami nak buat open house okey..
 
Dan.. untuk pengetahuan ini adalah kerja kebajikan aku dan husband..
Sebabnye kami tak claim pon dari tuan rumah.
Biarla.. Raya punya pasal..
 
Hehehehe....
 
So, Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir dan Batin.
 
Esok aku da start cuti da..
Yabedabeduuuuu...!!!~

Wednesday, August 15, 2012

selamat hari raya aidilfitri 2012


 
Jeng.. Jeng.. Jeng... Akhirnya ramadhan hampir berlalu pergi dan dalam beberapa hari lagi syawal akan kunjung tiba. Justeru itu, dikesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Aku juga ingin menysun sepuluh jari memohon ampun kepada sesiapa sahaja atas kesilapan aku yang sengaja mahupun tidak sengaja.. Hehehe.. 

Ucapan mohon maaf juga kepada papa dan mama aku serta kakak dan adik aku. Dan yang paling penting kepada suami tercinta.. 

Jadi untuk raya kali ini giliran aku beraya di rumah mak mentua aku.. Kira turn husband la pulak.. Kami akan beraya di Batu Pahat. Almaklum la last year raya aku masih dalam pantang kan.. Jadi tahun ni akan ku raya puas-puas. Hehehe.. Tambah pulak dah ada anak kecil ni lagi syok la aku nak beraya.. Apa-apa pon selamat beraya kepada semua ok.. :)

ok lah.. sampai di sini dulu. Nak chow chin chow dah.. Kat luar hujan lebat.. Aiyooo.. Camne nak gi bazar ramadhan beli lauk nih.. Huwaaa.....