Thursday, July 26, 2012

HAPPY 1ST BIRTHDAY TO ISAAC


Syukur ku panjatkan doa kepadanya kerana telah memberi kesempatan kepada anakku Muhammad Danial Isaac untuk terus bernafas di atas muka bumi ini.  Hari ini genaplah usia anak kesayanganku mencapai usia 1 tahun. Selamat ulang tahun kelahiran yang pertama anak mama. Semuga Allah sentiasa memanjangkan usiamu, dimurahkan rezeki, menjadi anak yang soleh dan pintar. 

Memandangkan birthday Isaac jatuh pada bulan ramadhan, maka hasrat untuk menyambut birthday Isaac harus ditangguhkan pada satu masa yang akan dimaklumkan kemudian.  Hehehe.. Mungkin selepas puasa dibuat bersekali dengan Open House Raya lah jawabnye..  :D

Untuk itu juga, maka hari ini juga telah genaplah perjalanan penyusuan susu ibu kepada anak tercinta, Isaac selama 1 tahun.  Alhamdulillah, Tuhan masih beri rezeki kepada aku untuk meneruskan perjuangan ini walaupon tidak dinafikan pada saat ini aku masih lagi mengalami kemuruduman susu.  Terima kasih juga kepada suami tercinta yang sering memberi semangat kepada aku untuk meneruskan perjuangan ini. Sekarang ini aku telah kembali kepada sesi mengepam yang konsisten sebab jadual kerja dah kembali normal. Cuma terkena pula di bulan berpuasa. Tapi takpe semangat breastfeeding tetap diteruskan! Syukur juga aku rajin membuat stok dan bekalan tidak terputus. Jadi untuk penghargaan kepada diri sendiri.. Nah! Sijil aku tamat degree in breastfeeding.. Hehehehehe.....


Petang nanti akan bawa Isaac ke klinik untuk amek vaksin.  Petang ni juga akan bertolak balik ke Batu Pahat rumah mentuaku.. Esok coti!! :D 

~ SEKIAN ~ 

Wednesday, July 25, 2012

HAPPAY 2ND ANNIVERSARY TO US!


Alhamdulillah.. Hari ini 25 Julai 2012 genaplah usia perkahwinanku dan suami yang ke 2 tahun.  Sepanjang 2 tahun ini, alhamdulillah aku masih bahagia bersama suami tercinta, Muhammad Zulkarnain bin Abdullah dengan dikurniakan seorang zuriat lelaki yang sangat comel dan manja.  Syukur padaMu Ya Allah kerana mengurniakan aku kebahagiannya ini.  



Happy Anniversary kepada suamiku.  Terima kasih di atas kasih sayang yang melimpah ruah dan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi kepada diri ini.  Serta telah menerima segala kekurangan diri ini. Sesungguhnya segala yang telah diberikan tidak dapat dibayar dengan wang ringgit.

Aku akan cuba perbaiki segala kelemahan dan kekurangan diri ini supaya akan menjadi yang lebih baik dari hari sebelumnya.  Semuga aku tergolong dalam isteri-isteri yang solehah. Amin.... 

Doaku semuga perkahwinan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat kami.. 

Dalam masa yang sama juga aku turut berasa sangat gembira kerana anak kami telah pandai berjalan.  Ini amat mengujakan kami kerana mission kami untuk Isaac berjalan sebelum umurnya menjangkau 1 tahun telah berjaya! Tahniah anakku!

Esok akan ku bawa anakku untuk pemeriksaan kesihatan.  Esok genaplah usia Isaac 1 tahun.  Semuga panjang umur wahai anakku dan menjadi anak yang soleh!~

Tuesday, July 24, 2012

Isaac Ikot Mama Pergi Ofis

Assalamualaikum wbt..

Saje.. Nak share pasal Isaac ikot mama gi ofis.  Sebenarnya benda nih dah lama.  Cuma tidak berkesempatan nak share sebab masa tu sangat busy. Masa nih jugak Isaac tak berapa nak besar lagi.  Merangkak pon tak pandai. Jadi senang sikit la nak control dia. Tengoklah gambar-gambar Isaac masa ikot mama gi ofis pada 7 Mei 2012. Enjoy cuci mata~ Hehehe... 
 
 Isaac seronok main telefon

 Gaya si kecil yang excited :)

Ini sebenarnya first time Isaac ikot mama gi ofis since takda sape yang dapat jagakan Isaac.  Tapi bos dah mintak mama datang ofis weekend, jadi mama kene datang jugak lah. Selepas daripada ini Isaac ada beberapa kali jugak ikot mama gi ofis.  Sian si kecil mama sorang nih. :)

ISAAC AND MINI COOPER

Hai all.. Saje nak share satu cerita yang biasa-biasa saja. Tapi nak share jugak di sini sebagai kenangan dalam tempoh pembesaran bintang kecil hatiku Isaac.  

Nak dijadikan cerita sebenarnya sejak aku mula bekerja di Sekretariat Sukan Malaysia XV, Pahang 2012 bos aku selalu cakap bahawa kemungkinan besar kita akan mendapat sponsor dari BMW.  Siapa yang tidak suka bukan?  Tetapi, sehingga Sukan Malaysia XV, Pahang 2012 telah bermula pon tidak kunjung tiba sponsor dari BMW tersebut. 


Jadinya kami di Sekretariat hanya biasa-biasa sahaja.  Namun secara mengejutnya kami telah dimaklumkan bahawa kereta sponsor tersebut telah sampai dan perlu diagihkan segera kepada pemandu berkenaan menyebabkan pegawai berkenaan telah memilih pegawai-pegawai tertentu untuk diberikan kereta berkenaan termasuklah aku. Riang kan?? :D

Akhirnya aku diberikan kereta Auto Bavaria Mini Cooper S.  Memang kekok pada awalnya sebabkan signalnya sebelah kiri dan wipernya sebelah kanan sedangkan kenderaan Malaysia adalah sebaliknya.  Jadi dalam kalot-kalot membawa kereta tersebut terjadi kes bila mana aku nak bagi signal akhirnya wiper yang naik.  Miahahaha.... 

Berita ini juga telah mengujakan suamiku tercinta.  Ya lah nak beli tak mampu, jadi bila dapat sponsor untuk guna 5 hari, suamiku juga telah mengambil kesempatan untuk cuba membawa kereta tersebut. Tidak lupa juga anak kesayanganku..


Kemain Isaac skang ni kalo bergambar. Tengoklah tu.. Tak padan dengan kecik. Hehehe.. Seronok sangat dia kalo jadi driver. 

Apa-apa pon kereta tuh skang telahpun dipulang kan. So, Gud Bye to Mini's and Hye-hye to Myvi and Alza. Hahaha... :)

Friday, July 20, 2012

ISAAC, MAMA DAN PAPA PULANG KE BANDAR

Jeng.. Jeng.. Jeng.. Akhirnya masa yang dinantikan telahpun tiba.  Setelah sekian lama aku tak balik Putrajaya menjengah keluargaku tercinta, akhirnya pada hari ini aku akan bertolak ke sana dengan Isaac dan suamiku tercinta. Aku bercadang untuk half day sahaja hari ini dan kami sekeluarga akan bertolak ke Putrajaya selepas selesai suamiku menunaikan solat Jumaat.  Semuga perjalanan kami lancar hendaknya dan dijauhi dari sebarang malapetaka.

Setakat ni aku hanya sempat mengemas barang Isaac.  Balik tengahari nanti barulah aku akan kemas barang-barang aku dan suami. Pesan suamiku "Sayang jangan bawa barang satu rumah pulak yer".  Hehehe.... Pesanan penaja ini ditujukan khas untuk aku disebabkan aku nih jenis suke sangat bawa barang banyak-banyak kalo balik kampung.  Sampai setengah barang tu tak guna pon. Huhuhu.. Jadinya aku akan kira keperluan sahaja untuk balik kali ini.  Cuma baju Isaac aku perlu bawa lebih.  Yer lah, Isaac sudah semakin lasak sekarang ini. Jadi pakaiannya juga kerap kotor dan aku tidak suka melihat pakaiannya kotor especially time Isaac nak tido. Pasti aku akan tukarkan dengan pakaian yang bersih.

Oh! Ya! Production susuku ada peningkatan sedikit dari kebiasaannya. Mungkin sebab aku dapat tido yang secukupnya.  Cuma aku kena teruskan konsisten mengepam.  Tapi setakat hari ini aku masih skip lagi sesi tengahari menyebabkan penghasilan susu masih belum stabil.  Namun semalam aku telah berjaya membuat 2 bags stok EBM dengan kuantiti 4oz bagi setiap bag.  Jadinya aku masih perlu bekerja keras.  Namun aku tidak pasti kerana kita akan berpuasa esok hari. Tetapi aku telah kira stok EBM yang ada masih mampu menampung keperluan Isaac sepanjang bulan puasa nanti sekiranya aku masih mengamalkan sesi mengepam seperti sekarang ini iaitu hanya 2 kali sesi pada siang hari.

Apa-apa pun suamiku masih terus memberi semangat kepadaku untuk meneruskan BREASTFEEDING kepada anak kami. Doakan aku berjaya sehingga dua tahun. Sekarang ini aku mengira hari untuk genap setahun penyusuan susu ibu kepada Isaac.  :)

Saturday, July 14, 2012

SUKAN MALAYSIA XV, PAHANG 2012 DAN KASUT BARU ISAAC

Salam.. dan Selamat pagi Sabtu.. :)

Pada coretan aku yang lepas, aku ada menceritakan mengenai punca kebusyan aku.. Iaitu disebabkan oleh Sukan Malaysia XV, Pahang 2012.  Sehinggakan aku terlupa nak cerita yang Isaac ada jugak datang menjengah ke venue pertandingan sukan akuatik iaitu di Kompleks Kolam Renang Wisma Belia, Bandar Indera Mahkota, Kuantan bersama papanya. 




And then.. bila dah boring tengok orang berenang petang tu jugak aku amek kesempatan untuk berjalan-jalan dengan suami dan anak aku ke East Cost Mall.  Dapat jugak aku melepas tension...

Takda apa sangat sebenarnya nak dibeli cuma kami mencari kasut baru untuk Isaac sempena Hari Raya Aidilfitri. Tengok tu ganti puasa pon tak habis lagi dah sibuk shopping raya.. Ayoyoyo... Hehehe...

Mari kita lihat kasut baru Isaac.. :)

 Baru beli terus pakai okey...

 Nampak dah kasut brand ape tu kan... Like Father like son..

 Tido pon dengan kasut tu.... Ish..Ish..Ish..

Tadaa... Ini la kasut baru Isaac.. Nike.. 
Mama yang blanje okey... Nasib la ada less..
Miahaha....

Cuma yang menjadi masalah skang ni, bila pakai kasut Isaac cam berat kaki nak gerak.. Mungkin Isaac rasa tak selesa lagi kot.. Takpe practice make perfect.. Harus cuba lagi lepas nih untuk biasakan Isaac dengan kasut.  :)




- SEKIAN UNTUK HARI INI -
 

Tuesday, July 10, 2012

SUKAN MALAYSIA XV, PAHANG 2012

Hello.. 

Lama rasanya aku tak mencoret di blog kesayangan aku nih.  Actually aku busy yang teramat sangat sampaikan tido pon tak cukup, rehat pon tak cukup, rumah pon tak kemas, dan bermacam lagi aku tak sempat nak buat sehinggakan aktiviti wajib aku iaitu mengepam pon terbabas-babas sehingga menjejaskan production susuku. 

Ya! Pada saat ini aku tidak mahu menipu diri sendiri bahawa aku sedang mengalami susu merudum yang agak kritikal. Bayangkan dari sekali sesi perahan aku boleh dapat 8 - 10oz tetapi kini aku hanya boleh dapat 4 - 5oz sahaja. Kalau nasib baik dapat la 6oz. Dan pada kebiasaannya sekiranya aku terlepas sesi perahan dalam lingkungan 8 - 9 jam aku boleh dapat 15 - 17oz. Sekarang aku hanya dapat dalam 7 - 8oz sahaja.  Betapa kroniknya kan?

Tapi aku redha.. Dan aku bernasib baik kerana stok susu frozen aku masih banyak dan anak aku masih menerima susu ibu sepenuhnya buat masa ini. Syukur Alhamdulillah atas berkat kerajinan aku membuat stok. 

Ok lah.. Lupakan perkara itu buat sementara waktu kerana ia akan menjejaskan emosi aku. Huhu.. Tetapi takpe, aku dalam proses pemulihan sekarang ini.  Di mana aku perlu pastikan aku cukup makan dan rehat serta mengamalkan sesi mengepam yang konsisten semula.  :) Jadi, teruskan semangat breastfeeding.. Hehehe...

Baiklah.. Aku nak cerita apa yang membuatkan aku sangat busy sekarang ini. Ia berpunca daripada Sukan Malaysia XV, Pahang 2012 yang sedang berlangsung sekarang ini di mana aku bertugas sebagai Sekretariat Sukan Malaysia XV, Pahang 2012.  Jadinya aku terpaksa bekerja siang dan malam termasuklah pada hujung minggu.  Dan aku harus membawa anak kesayanganku ke pejabat sekiranya tiada orang yang dapat menjaganya. Kasihnya ibu pada anaknya bukan? :)

Jadinya aku jadi sangat la penat gile hampir nak jatuh sakit. Tapi nasib tak sakit teruk. Aku bertuah sebenarnya kerana mempunyai seorang suami yang sangat-sangat memahami aku. Bukan sahaja memahami malah beliau turut membantu meringankan beban aku dikala aku memang memerlukan bantuan. Kalau takde suami aku memang stress aku boleh melambung di tahap gaban lagi la.

Sekarang ini sebagai rumusannya aku nak semua orang tahu bahawa aku tak sabar nak Sukan Malaysia XV ni habis pada 16 Julai 2012 nanti. Sebabnya aku dah lama tak balik umah parents aku di Putrajaya dan dah lama tak spend time denga suami dan anak kesayanganku berjalan-jalan.  Huwaaaa..... Sangat stress ok.  Kalau ikot hati memang nak resign je. Tapi fikirkan dah tak lame, kuatkan la hati ni untuk terus bersabar. 

Itu sahaja untuk coretan hari ini. Mekasih...............