Thursday, May 24, 2012

Development Isaac dari meniarap sehingga bertatih

Alhamdulillah.. Harini ada sikit kesempatan untuk share sedikit cerita di blog kesayangan aku nih.. Aku tak kan coret banyak.. Sikit-sikit jek.. Tapi aku akan upload banyak video this time.. Video development Isaac yang aku sempat rekodkan untuk kenangan. Dari dia start meniarap sehingga lah sekarang dah mula nak bertatih. Video will tell you everything. Sile cuci mata kalian okey... :D

video
Video 1: Isaac dah meniarap

Kemudian... 
Aku and husband ajar Isaac untuk duduk. 
So, Isaac boleh duduk tapi tak pandai duduk sendiri lagi..

Ini adalah antara aksi-aksi Isaac bila diminta untuk duduk.
 
  video



video


video

video

Maaf, video ni senget. Tersalah pegang handphone. Hehehe.. So, teleng kejap kepala nih.. Hahaha...

Masa Isaac di tahap ni iaitu tak pandai nak duduk sendiri dan apabila didudukkan dia tak pandai nak jatuhkan badan dia, papa Isaac guna cara ini supaya Isaac tak merayap jauh-jauh. Senang kan.. Hehehe.... Kalo tak Isaac akan gulingkan badan dia untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Dan itu amatlah bahaya... Gud idea kan?? :)

Tak lama selepas tu, Isaac dah pandai mengesot. So, pergerakkannya sangat laju. Isaac akan mengesot ke tempat yang dia nampak papa & mama dia pergi.  So, ke dapur itu amat pasti.
Lagi sekali keadaan tidak selamat untuk Isaac.

video
Lihat.. Lajukan Isaac mengesot.. :)

Kemudian, Isaac memberi hint untuk merangkak.
Warming up telah dibuat bagi menguatkan otot-otot beliau sebelum sesi merangkak bermula.
Hahaha... Comelkan?? Exercise kat dapur tuh. Kihkihkih...

video

Sampai la satu hari Isaac telah merangkak dengan jayanya.. 
Lihat... Ngee.... Hati mama riang lagi. 
Maka, terlonjak-lonjak lah papa & mama akibat terlalu riang. 
Hahaha..~

video



video

Dan, dengan kejutan istimewa dari Isaac, Isaac telah melakukan aksi memaut
ditangga rumah. Maka, bertambah riang la papa & mama.
Kerana disangkakan Isaac akan lambat berjalan since Isaac lambat meniarap. Umur 5 bulan setengah baru boleh meniarap.  

video



video



video



video
Isaac sangat riang sebab sudah pandai berdiri sendiri. Duduk sendiri tu tak payah cakap la.
Memang beliau sudah expert. 
Jadi sekarang, hati papa & mama berbunga-bunga. Kerana target untuk Isaac berjalan sebelum umur 1 tahun sudah semakin cerah.

Pada 26 Mei 2012 ini akan genaplah umur Isaac 10 bulan.
Jadi masih ada masa 2 bulan sebelum Isaac genap 1 tahun.
Semua ini berlaku hanya dalam tempoh 2 minggu. Sangat cepat kan? 
Papa & mama sangat kagum dengan development Isaac yang secara tiba-tiba menjadi sangat cepat.

Untuk pengetahuan semua, sebenarnya tatkala aku menceritakan perkara gembira ini, Isaac sebenarnya sudah pandai memanjat tangga rumah. Pantang nampak papa atau mamanya naik ke tingkat atas, pasti dia akan turut serta naik ke atas. Cuma separuh jalan saja la.. Lambat lagi :)

Pada tahap ini, hati aku sangat risau akan keselamatan Isaac. Ya! Suka tapi dalam masa yang sama aku dan suami harus lebih berhati-hati. Takot jatuh pecah kepala pula nanti si jantung hati kami.

Isaac juga sudah sangat mengenali papa & mamanya. Kalau dia tak nampak depan mata. Pasti akan menangis. Sekarang tiap kali mama keluar pergi kerja di malam hari, pasti Isaac akan menangis sebab nak ikot mama. Meruntum pilu hati mama.. :( Mama tahu Isaac sayang mama!~

Makanan yang Isaac makan juga sudah tidak perlu dikisar. Jadi mama harus mereneh bubur Isaac sehingga benar-benar hancur dan lauk-lauk dan sayuran yang dimasak bersama bubur harus dipastikan dipotong kecil-kecil dan benar-benar masak.
 
Apa-apa pun aku sangat bersyukur kepadaNya, atas kurnianNya yang maha hebat ini. Melihat sendiri si jantung hati membesar dengan sempurna. Allah itu Maha Besar. Indah sungguh ciptaanNya. :)

~Isaac's Mama~

Monday, May 21, 2012

Busy.. Busy.. Busy...

Salam all...




Saje nak bagitau.. Memang lately tak sempat nak update crite-crite best kat blog neh. Actually memang sangat banyak cerita nak disharekan di sini since Isaac pon dah mula bertatih okeh! Fuh!~ Macam kejap jek rasa.. Skang dah start keje sampai malam. Even weekend pon kene datang ofis. So, memang time is very limited. Nasib sempat jugak balik umah mama aku last week. Alhamdulillah.. Dapat jugak bagi present sempena Hari Ibu kat mama aku. So, this week akan cuba pulak balik ke Batu Pahat. 

Any news akan update serentak nanti bile dah ade kelapangan... Insyallah.. Bye all..

Wednesday, May 2, 2012

First time Isaac tido dalam baby cot

Salam mommies..

Sempena cuti Hari Pekerja pada 1 Mei 2012, aku, husband dan Isaac ambil kesempatan untuk pergi ke East Coast Mall (ECM) untuk membeli sedikit barang. Sebenarnya nak pergi ke pasar basah, tapi pasar pon tutup daaa.. Hahaha.. So, kami pon menuju ke ECM. Kebetulan pula blander aku rosak, so memang kena beli baru. Kalau tak nanti susah nak blender makanan Isaac. Jadi, kami pon membeli belah di Carrefour.

Saje nak share, ni la aksi pertama Isaac menaiki shopping cart memandangkan kami tak bawa stroller dia. 




Sangat comel kan?? :)

Pada sebelah malamnya pula, Isaac kene tido dalam baby cot dia for the first time setelah sekian lama baby cot nih dibeli.  Tapi bukan dalam bilik berasingan yer.. Tetap tido sebilik dengan papa and mamanya. Hehehe..

Actually papa Isaac yang beria-ria sangat setting kan baby cot Isaac ni. Yer la sebab papa Isaac dah lama tak tido atas katil sebab bagi laluan kat Isaac tido dengan mama. Hahaha... Plus Baby cot nih papa Isaac yang beli pada harga RM200.00. Second hand tapi masih in good condition.Jadi, tak nak la membazir tanpa digunakan...

Ini lah baby cot Isaac

Hasil kerja tangan papa Isaac. Hahaha...

Malam tadi masa aku sebuk mengepam sambil tengok citer Iron Man 2, Isaac and papa dia rupa-rupanya sudah membongkang kat depan tv. Lepas aku dah settle segala, aku naikkan Isaac ke bilik tido atas dan letak Isaac dalam baby cot dia.


Ni la keadaan Isaac tido. Sangat comel.. Hikhikhik... 

Since harini dah berkerja semula kan.. Aku bangun pukul 6.00 am macam biasa untuk menjalankan rutin harian aku. Berikut adalah rutin harian aku before ke ofis mengikut aturan......

1) Memasak bubur Isaac sehingga kembang
2) Rendam frozen ebm dalam air paip bagi cepat cair
3) Jerang air
4) Solat subuh
5) Rendam oat bagi kembang
6) Mengepam untuk sesi pertama
7) Bancuh susu anmum lacta bersama oat yang telah kembang
8) Tuang thawed ebm ke dalam botol, labelkan dan masukkan dalam cooler box
9) Blander bubur Isaac yang dah kembang tu dan tuang dalam thermos
10) Tuang fresh ebm dalam botol, labelkan dan masukkan dalam cooler box
11) Kemas bag mengepam aku untuk dibawa ke ofis
12) Mandi
13) Bersiap untuk ke ofis
14) Masukkan barang-barang dalam kereta. (Hand bag aku, bag pam aku, bag baju Isaac dan cooler box Isaac). Banyak jugak kan.. Hahaha..
15) Ambil Isaac kat atas bawak turun bawah dan masukkan dalam kereta.
16) Kunci pintu rumah
17) Start enjin kereta
18) Chow hantar Isaac ke rumah BS
19) Chow ke ofis

So, untuk tiba ke no 15 tu agak lama la jugak kan. For sure la Isaac akan terjaga dari tidonye dan akan bermain-main atas katil. Selalunya memang aku akan risau sangat takot dia tersembab jatuh dari katil sebab takde sape nak tengok memandangkan papa Isaac pon dah out gi kerja. Bila Isaac dah tido dalam baby cot takda la hati aku risau lagi. :)

Ni adalah gambar Isaac pagi tadi masa aku gi naik atas nak ambil dia. Dia dah bangun dah.. Actually boleh tahu Isaac dah bangun ke belum sebab boleh dengar suara dari bawah. Hehehe..

Most wanted boy!~ :D

BOOOooo... CAK!!~

Good Day All Mommies!!~ :)