Monday, April 30, 2012

HE IS MY EVERYTHING



I love my son, he is the best thing that ever happened to me. 
 I see in his eyes my own soul, I touch his hand and I feel my heart skip with great joy for the wonderful blessing that is given me!
 
I love my son in a way that I could never love another, 
not even my own life. Words could never quite capture how I love my son.



I’m not capable of doing many things well, but may I be capable of loving my son greatly for he is the one thing that matters most to me.

My son is my great joy, he is my peace when I feel anxious, my purity when I feel confused, my angel when I feel my great need for salvation.

I love my son with all my heart....

Thursday, April 26, 2012

Danial Isaac turns 9 months

Salam.. Pagi yang ceria..

Syukur kepadaNya kerana diberi lagi peluang untuk bernafas di atas muka bumi ini. Malam tadi insaf tengok cerita Imam Muda kat Astro Aosis.. Mandikan jenazah berisiko tinggi.. Semua perasaan bercampur baur.. Turut simpati dengan jenazah kerana tidak dimandikan oleh waris sendiri hatta dituntut oleh waris terdekat pon tidak. Apa yang saya faham jenazah berisiko tinggi pada biasanya adalah jenazah yang mempunyai penyakit seperti HIV. 


Okey lah, itu part mukadimah je sebenarnya. Actually harini aku nak cerita pasal perkembangan Isaac pada usia 9 bulan. Harini my hero dah turns 9 months. Happy birthday 9 months chenta hati.  Isaac dah mengesot ke depan dengan sangat laju. kalau papa and mama ada kat dapur, Isaac pon akan ke dapur. Tapi mama memang sangat risau. Sebab takot terpijak pulak budak kecik sorang nih. Huhuhu.. Isaac dah boleh duduk tanpa disupport cuma tak pandai duduk sendiri jek lagi. Isaac jugak dah makin kemas pegang botol susunya. Kalo mama letak Isaac dalam baby walker, Isaac tolak sangat laju ke depan dan kebelakang. Isaac tak berapa suke duduk. Isaac lebih suke kalo mama pegang tangan Isaac dan Isaac akan berjalan. Tapi Isaac cepat penat. Maybe sebab buntut Isaac berat. Hahaha!~


Gambar ni mama ambil pagi tadi masa hantar Isaac gi rumah BS. Harini hari kedua papa hantar Isaac ke rumah BS dan hantar mama ke ofis since kereta papa masuk workshop tang minyak hitam ade leakage. So, hari-hari mama bangun awal sangat dan pergi ofis pon awal sangat. Takpa la kerana papa... Hehehehe... Nasib baik sempat masak juga makanan untuk Isaac dan mama buat sekali sesi mengepam sebab setiap pagi mama kena pastikan Isaac dapat 1 botol susu fresh. Selebihnya mama akan buat stok.

Papa jadi driver mama & Isaac untuk dua hari.
Hehehe...

Isaac sangat kuat makan sekarang ni. Mama memang dah perasan favourite Isaac ialah beras + kismis. Memang sangat suke yang ni. Sampai ada satu kali mama masakkan bubur ni dan hantar pada BS. BS bagi tau mama tak cukup. Dan BS tanya mama bubur apa yang mama masak sebab Isaac suka sangat. Alhamdulillah, semuga anak mama jadi anak yang sangat cerdik. Sekarang jumlah susu yang Isaac minum semasa mama gi kerja tak tentu. Kekadang mama bagi 20oz habis. Kekakadang tak habis. Tengok pada keadaan kalo Isaac makan terlampau banyak, memang Isaac akan minum susu sikit. Tapi untuk sebelah malam memang Isaac hanya diberi susu sahaja. Dan tentunya sehingga ke hari ni Isaac masih minum susu ibu sepenuhnya. Syukur alhamdulillah. Semuga anak mama terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh. :D

Wednesday, April 18, 2012

BIRTHDAY ISAAC 8TH MONTHS

Syukur alhamdulillah, harini Isaac dah pon berusia 8 bulan 23 hari. Dah makin besar. Tak lama lagi nak masuk 9 bulan dah. Ini bermakna dah nak hampir 9 bulan jugaklah aku telah berjaya breastfeed anak sulung dan anak kesayangan aku nih. Semuga berjaya hingga 2 tahun hendaknye. Stok dalam freezer dan deep freezer alhamdulillah masih banyak.

Namun, kesihatan Isaac tidak mengizinkan. Isaac selsema dan batuk akibat berjangkit daripada mamanya nih. Meleleh-leleh je hingusnye dan tido malam juga agak terganggu dek kerana tidak selesa bernafas. Hidung tersumbat. This is the third times Isaac kne flu and cough. Hope he will fast recovery. 

Masa Isaac genap 8 bulan, Isaac dapat potong kek wooo... Maktok yang belikan. Kebetulan sebenarnye. Hehehe.. So, nih la picture yang sempat dirakam. Selamat cuci mata.. :D

Isaac & makcu

Isaac, makcu & Adam

Isaac jalan-jalan ke Perlis

Salam all mommies out there.. Yippie.. Hari ni nak cuba habiskan satu entry pasal journey Isaac ke Perlis. 

Kami (tokwan, mak tok, mama & isaac) bertolak ke Perlis pada hari Khamis (22 Mac 2012) jam 11.00 pagi. Dah lame kan baru nak cite. Hahaha!~ Tokwan yang drive dengan kereta tokwan. Wah! agak kematu la jugak pungkuk nih travel jauh ke utara nun. Ambil masa lebey kurang 8 jam! Sangat penat. 


Sebelum bertolak, aku sempat buat sekali sesi mengepam. Dapat 10oz dan hanya 5oz aku bawak bekal untuk Isaac. Selebihnya aku bagi Isaac minum. Memang Isaac minum banyak since pagi tu tak sempat nak bagi Isaac breakfast. Poor baby boy~

Okey, masa dalam perjalanan, kami ada berhenti sekali kat R&R. Tapi tak sure R&R mana.. Hahaha! Berhenti untuk makan dan solat. Dan aku sudah tentunya akan mengambil kesempatan untuk membuat sekali lagi sesi mengepam. Untuk sesi kali ni aku hanya dapatkan 5oz sahaja. Since kejar masa yet yang paling paling worsenye aku terpaksa meminjam pam manual brand Freedom kakak aku yang pada aku boleh disifatkan sebagai agak tradisional la.. Sebab bestfriend aku masuk bengkel daaa... Sunction dah tak kuat. Aku nak DF Isaac dalam kereta tak boleh sebab sempit. So, by hook or by crook memang aku terpaksa jugak pam.



Ni la pam manual yang aku  guna tu.. 
Ape-ape pon thanks sista.


Memandangkan cuaca pada haritu agak panas, maktok minta Isaac dimandikan dan ditukar baju. Berpeluh-peluh budak kecik tu. Sian kat dia.. Dah settle mandi dan badan dah rasa selesa bila dalam kereta Isaac pon tido dengan nyenyaknye since dah kenyang minum susu.


Setelah selesai semuanya, kami menyambung semula perjalanan.  Kami ada berhenti sekali lagi di sebuah gerai makan di Changloon untuk mengalas perut. Kami makan satay dan aku order laksa utara satu!~ Hehehe.. Sebelum tiba di tempat tersebut iaitu semasa dalam perjalanan, aku sempat lagi membuat sekali lagi sesi perahan iaitu sesi ketiga. Tak dapat buat lama dan itu adalah first experience aku mengepam dalam kereta. Hahaha! Agak kalut jugak sebab risau takot orang nampak. Kekok! Tapi disebabkan aku lebih risaukan Isaac takot bila dia bangun tido nanti dia nak susu, aku cuba jugak mana yang boleh. So, dapatlah 3oz. Not bad rite? 


Tekaan aku memang tepat, as soon as Isaac woke up from his dream, memang dia nak susu! So, memang licin lincau.. Hahaha!~


Kami tiba di rumah tokwan dah agak lewat petang. Dah senja. Malam tu memang kami tido agak awal since tokwan kerja esok pagi dan dinner aku dah beli siap-siap masa berhenti makan di Changloon. Kami semua ZZZZzzzz tido dengan nyenyaknye. Hehehe..


Isaac tido dengan nyenyaknye.. :)


Sepanjang pergi berjalan ke Perlis, aku dan Isaac tak gi kemana-mana pon since tokwan dan maktok sangat the very busy person one. Hehehe!~ So, memang stay at home saje. It's okey pon sebab aku lebih suke dok kat rumah. Kang kalo kua berjalan susah nak kene pam-pam bagai. Just kami ada ikut ke majlis tahlil staff tokwan je. 

Isaac ada jalan-jalan kat kawasan Perumahan Kastam Kangar iaitu tempat tokwan tinggal. 

Belakang rumah tokwan ada bendang (sawah padi).
Tokwan kata, ada ular pernah masuk umah tokwan.
UUUuu... scary u... Hehehe..!

Dalam rumah tokwan, Isaac kene pakai stokin sebab almost 24hours on aircond. Memang sangat la sejuk till aku pon selsema. Hehehe..

Isaac sedang main dalam bilik tido.. :) 
Nampak tak kene pakai stoking. Huhuhu..

Oh! Semasa di sana, tokwan dan maktok ada belikan baju untuk Isaac dan his cousin Adam. Tokwan belikan kat Bukit Kayu Hitam dan maktok belikan di Hatyai. Tak amek gamba pon. Nanti dah amek akan upload. Kenangan tu. Hehehe..!~


Boarding pass Isaac & mama

Kami bertolak balik ke Putrajaya dengan menaiki kapal terbang pada 25 Mac 2012 (Ahad). Kami naik dari Sultan Ahmad Shah Airport, Kedah. Sebabnye kat Perlis tade airport. Sampai airport aku solat dan sempat buat sekali sesi mengepam sebab tak sempat nak pam sebelum bertolak. Kesian kat Isaac lapar susu. This session aku dapat 6oz. Syukur sangat!~ Isaac minum sangat laju. Lapar susu sangat agaknye. Okeh, meh cuci mata tengok gamba-gamba Isaac semasa tunggu flight nak balik.

 On-the-way to departure hall.
 Departure hall.
Tokwan naik Malaysian Airline Business Class.
Mama, maktok & Isaac naik Air Asia Economy Class. Hehehe..
TQ tokwan for the tickets. Tokwan blanje wooo..
(sorry gamba tak clear)

Bila masa dah hampir tiba, Isaac say Bye-Bye gune bahse isyarat tangan.. tengok la lambaian tangan Isaac.. :D


Comel kan... Memang sangat sweet!~

Bila dah lepas security check, kami pon masuk la dalam cabin. Biasa la kan.. Air Asia kot namanya ala-ala naik bas la.. Agak sempit la.. Isaac pulak takmo dok diam.. 

Tengok budak kecik comel dah nak fly dah. 
Terlompat-lompat dia dalam flight.
Haiyak..!!~


Then.. Bila mata dah ngantok mula la Isaac mengarok. Mintak ditidokan.. Ish.. Ish.. Ish.. Tak pandai tido sendiri yer.. Hehehe... So, nasib badan maktok cam tilam vono.. So, nih la jadinya.. 

ZZZZZZzzz along the flight!!

The flight took around 45 minutes. Tapi Isaac.... 

still lagi ZZZZZzzz.... Penat buat ape la tu agaknye yer.. 
Hahaha!~

Kami balik sendiri menaiki bas dan transit di Stesen ERL Salak Tinggi untuk ke Putrajaya. Sebab tunggu lama sangat ERL kat situ, Isaac pon terjaga nak susu! Haiyak!~ Tak dapat nak nolong so kasik Isaac makan cerelac saje la dengan minum air masak. So, senyap la dia. Hehehe... Dalam pukul 1.15 a.m. baru train sampai untuk ke Putrajaya. Isaac agak jakun bila naik ERL. Hahaha!~

Aksi 1

Aksi 2

Aksi 3

Kami sampai di Putrajaya hampir pukul 2 a.m. Sampai kat rumah maktok memang mata nak tido jek la kan.. Tapi tak boleh lagi sebab ada banyak benda lagi yang perlu aku settle kan seperti tukar lampin Isaac, tidokan Isaac and ofcourse lah sesi terakhir aku before tido. Aku terpaksa meminjam electric double pump kakak aku sebab tak boleh blah dah kalo pam guna pam manual tu especially time-time camgini memang buat aku terus lentok la. Hahaha..! Aku telah berjaya mendapatkan 10oz. Tak dapat nak teruskan lelama pasal 1) ngantok gila 2) Isaac dah ngamok nak tido. Huhuhu..

Isaac meragam tak tau pesal tak mau tido padahal dah on aircond and kipas. Ngamok nanges-nanges dia sampai tokwan dengar. Aku dah tak tau nak buat camna nak buat lagi sebab dah bikin aku naik migrain jugak sebab aku pon dah ngantok gile.

Nasib tokwan datang amek Isaac, hayun-hayun guna tangan 4 5 minit kat bawah (on aircond and kipas jugak) terus la tido anak aku sorang tu.. Haiyaaa... Sangat la manja!~ Journey yang hebat untuk anak sekecil Isaac!~ :)

~The End~


Monday, April 16, 2012

NEW JOB! THANKS TO ALLAH.

Assalamualaikum.. 

Lama rasanya tak update story kat sini. Nak cerita pasal pengalaman Isaac ke perlis pon tak dapat nak update lagi.. Erm.. Akan cuba jugak.. Isaac perlu tahu tu bahawa masa kecik-kecik mama ada bawak gi jejalan.. Ke utara, ke seletan, timur, barat.. Hehehe.. :)
 
Okey.. Saje nak share kegumbiraan.. Setelah dua bulan menganggur (sebelum nih aku keje as a PTD (kontrak)), harini aku masuk kerja semula. New job, new tasks, new friends, new environment, new bosses and the most important part is new salary. Yeyeh!! Part nih memang aku sangat happy sebab lebih dari gaji keje aku sebelum ni.  Apa-apa pon aku sangat bersyukur kepada-Nya. Rezeki anak agaknye.. :D

Tapi kerja nih adalah secara kontrak jugak dan tak lama. Till 31 Oct 2012 only. Takpe, kene work hard to find a new job lagik afta this!~ 

Dan.. Rutin aku telah menjadi agak cacar merba jugak hari ni.. Maybe tak biasa lagi dengan waktu kerja dan flow kerja tempat baru dan yang penting dah biasa bangun lambat sebab pikir tak keje kan tup tup kene keje pulak. Hahaha..! 

Apa-apa pon, Enjoy working! :)