Monday, March 19, 2012

Isaac joined reunion MRSM Muar Batch 99/00

Hello Mommies..

Actually, dari hari ke hari aku nak story pasal benda ni.. Aktiviti Isaac join reunion MRSM Muar Batch 99/00. Papa Isaac dulu belajar kat situ and diaorang buat reunion pada 3 March 2012 (Sabtu) bertempat di Putrajaya. Kitaorang semua berkumpul di Secret Recipe dekat ground floor kat Masjid Putrajaya. Ni first time Isaac ikot papa and mama bersosial dengan kawan-kawan papa. Isaac memang sangat-sangat gud boy.. Memang tak meragam ape. Kire passing kat sape-sape pun dia on jek. Hehehe.. Mungkin sebab mama dah bagi Isaac minum susu 4oz sebelum keluar rumah so, Isaac dah kenyang la. Tak la meragam kan.

Cuma satu jek bila Isaac termuntah pada baju sorang kawan papa. Kelam kabut mama lapkan. Mana taknya risau la mama. Kene kawan papa. Banyak pulak tu. Kalau kene kat mama takpe la. Rumah maktok dekat jek kalo nak gi tukar baju ke hape kan.. Huhuhu.. Tapi tu semua salah mama sebab try and error kat Isaac bagi Isaac rasa walnut brownies favourite mama. Walaupon secoet jek mama bagi, Isaac tak okey kot terus jek muntah. Tapi mama kesian Isaac asik tengok jek brownies tu.. Pasni tak buat lagi. Tunggu Isaac besar sikit la.

Isaac tengah tenung makanan. Mane la mama tak sampai hati kan..
Kawan papa yang pakai baju biru tu la yang terkena muntah Isaac.. Huhuhu..

Isaac dengan salah sorang kawan papa lagi. Auntie Yatie.

Mama makan Noodle in Tom Yam Soup. Memang sangat delicious okeh.. Mama tak sempat nak habiskan sebab mama gi solat Asar dulu. Ingat nak sambung makan balik. Sekali masa sampai kat Secret Recipe tu dah kene bersih daaa... Takde rezeki la. Mama pesan kat papa soh tunggu pon papa tak tunggu. Huh!!

Tiket papa & mama. Isaac free. Selamat duit papa. Hehehe...

Lepas dah makan dan memasing pon dah solat Asar, we all decided nak naik Cruise Tasik Putrajaya. Trip kitaorang adalah pada jam 7.15 petang. Masatu awal lagi. So, kitaorang melepak jek la dekat kawasan tu jugak sementara tunggu nak tiba turn kitaorang kan. Mama ape lagi terus la gi kedai souvenir kat situ. Bukan nak beli souvenir pun, tapi nak carik air buat basah tekak and beli aiskrim. Lege... Dah la cuaca sangat panas haritu. Huhuhu.. Sure anak mama pun rasa sangat panas. Sian anak mama yang sorang nih.

Mama ada bawakkan bekal satu botol fresh EBM 5oz untuk Isaac yang mama pam pukul 2.15 petang. So, susu tu tahan dalam tempoh 4 jam. Mama bagi Isaac minum susu tu dalam pukul 5 lebih. Isaac minum susu tu sampai licin. Maybe sebab Isaac lapar sangat sebab tak makan tengahari. Just minum susu jek. Tapi anak mama tetap baik. Thanks anak mama!!

Dalam jam 7.00 petang, mama sempat tukar lampin Isaac sebab dah heavy duty. Hehehe... Cepat-cepat mama tukar lampin Isaac takot tak sempat nak naik cruise nanti. Just after mama selesai siapkan Isaac, papa datang berlari-lari cari kita sebab dah tiba our turn untuk naik cruise tu. Yeaaa!!!~

Ini adalah beberapa memori yang sempat dirakamkan. Thanks to papa's frens Auntie Jue and his husband sebab snap our picture. Kalau tak memang la takde kenangan. Camera tak bawak la pulak.. Huhuhu..

Mama, Isaac & Papa kat bahagian driver boat. Hehehe..
Sebenarnye papa sedang interview pakcik driver boat nih.. :)

Mama, Isaac & Papa

Antara gambar pemandangan yang indah dapat dilihat..

Bangunan pejabat.

Salah satu jambatan yang terdapat di Putrajaya.

Trip ni mengambil masa selama 45 minit untuk menjelajah suku daripada Tasik Putrajaya. Dan untuk knowledge sharing, Tasik Putrajaya adalah tasik buatan manusia. Air dalam tasik ini diperolei daripada dua sungai di Selangor dan terdapat 38 jenis ikan air tawar. :)

Okeh! Selesai naik cruise, we all decided untuk dinner together kat Restoran Darussalam Presint 9. Mama dan papa sempat balik rumah maktok dulu. Mama mandikan Isaac dulu sebab takot nanti dah lewat Isaac dah tak boleh mandi sedangkan badan Isaac dah bucuk! Hehehe.. Mama tahu anak mama dah pun letih sebab tak tido pun seperti kebiasaannya. Sebelum keluar rumah semula, mama sempat ambil stok chilled ebm 5oz sebagai bekal Isaac dan terpaksa panaskan dalam kereta sebab papa takot lambat. Masa di restoran, mama terus bagi Isaac minum susu tu. Tak lama lepas tu Isaac pun ZZZZzzzz.. Kesian anak mama.. Penat sangat la tu..

Actually, masa keluar makan malam tu, ade football match Arsenal vs Liverpool. So, memang kene tunggu sampai match habis la sebab papa Isaac memang fanatic fan Arsenal. And tengok nih.. Isaac pon sokong Arsenal la...

No wonder la Arsenal menang 2-1 malam tu..
Ada penyokong baru yang comel :)

After, football match tu habis, kita tak terus balik rumah sebab papa dengar taklimat ringkas pasal insuran untuk Isaac dari kawan papa. So, take time sikit la.  Disebabkan lama sangat, Isaac pun terjaga. Sempat la jugak mama main dengan Isaac sikit sebelum mama borak-borak dengan wife kawan papa.

Dah settle, kita pun balik rumah maktok. Kita sampai rumah lewat jugak malam tu. Hampir pukul 12.00 malam.  Mama dan papa memang sangat mengantok. Isaac lagi la kan. Sampai rumah mama tukar lampin Isaac dan tido kan Isaac. Aksi Isaac tido dalam kepenatan.. :)


Comelnye anak mama tido diulit mimpi indah.. :D

After settlekan Isaac, mama tak tunggu lama dah.  Terus pam sebab masa tu dah perap lama sangat dan rasa sakit. Jadi, nih la hasil pumping mama untuk menambahkan lagi stok EBM Isaac.

Total EBM = 15oz.
Syukur Alhamdulillah.

Dah selesai semua, dah rasa lega dan selesa, barulah mama mandi, solat dan ZZZZzzz... Tido dengan nyenyaknye. Tambah lagi satu pengembaraan baru dalam hidup anak mama pada haritu. :)

THE END
~Isaac's Mama~


Thursday, March 15, 2012

EBM buat siram pokok

Assalamualaikum all.. Harap semuanya sihat..

Hari ni aku nak bercerita mengenai satu botol EBM aku yang terpaksa disedekahkan kepada pokok kat rumah mama aku..

Ni la EBM yang sebotol tu.. Kuantiti 4oz.

Nasib la sebotol je.. Kalau berbotol-botol mau menangis aku dibuatnya.. Untuk pengetahuan kawan-kawan semua, EBM ni terpaksa aku siram kat pokok kari umah mama aku disebabkan oleh EBM ini telah dicairkan tetapi tidak dapat digunakan dalam tempoh 24 jam memandangkan Isaac telahpun kenyang. EBM ini aku cairkan sebab mudah untuk dipanaskan bila time Isaac nak susu. Aku cairkan susu ni sebelum bertolak ke Putrajaya dari Batu Pahat. Sebenarnya aku cairkan empat botol. Tapi hanya tiga botol je yang dapat dihabiskan. Selebihnya aku direct breastfeed je pada Isaac. Stok EBM ni adalah stok bulan December 2011 yang harus dihabiskan dalam kadar segera memandangkan aku letakkan di bahagiaan freezer peti ais dua pintu. Jadinya tahan 3 bulan jek la. Hanya sebahagian je yang muat diletakkan dalam deep freezer aku.

Ni la pokok kari kat umah mama aku yang telah mendapat khasiat susu ibu. Hahaha.. Semuga pokok kari ni tumbuh subur lepas ni. Sian dah aku menengoknye.. Kering je.. Hehehe.. Oh! Mungkin kawan-kawan tertanya-tanya kenapa aku siram pada pokok? Kenape aku tak buang je kat sinki? Erm.. Terpulang sebenarnya pada diri masing-masing. Tapi pada aku biarlah aku faedahkan kepada pokok. Selain tu aku juga ade menerjah blog-blog ibu yang menyusu anak mereka dengan susu ibu. Dan ada terjadi kes seperti susu telah expired. Jadi mereka telah mencurahkan susu tersebut kepada tumbuhan seperti pokok. Setiap perlakuan kita diperhatikan oleh Allah swt. Sekiranya kita membuang susu ibu tersebut sewenang-wenangnya dibimbangi Allah swt akan menarik balik rezeki susu ibu yang telah diberikan kepada kita. Mintak dijauhkan la perkara-perkara seperti itu.. Perjalanan aku masih jauh dalam memastikan Isaac mendapat susu ibu selama 2 tahun. Lagi 11 hari Isaac akan mencecah usia 8 bulan. Bermakna lagi 4 bulan 11 hari Isaac akan berumur 1 tahun. :) Kawan-kawan, doakan kejayaan aku..


~intanruzlynn~

Saturday, March 10, 2012

TWO NEW RECIPES FOR ISAAC

Hye F.R.I.E.N.D.S..!!~

Hari ini aku nak share something mengenai dua lagi jenis recipes yang aku perkenalkan kepada Isaac.  Iaitu porridge with salmon & carrot dan porridge with salmon & spinach. 

HOW TO PREPARE THEM??


Well, like others, it is not really hard..


Porridge with salmon & carrot
 
 Cara-cara memasak:
1. Basuh beras wangi suku cupak kecil, 1/4 daripada sekeping ikan salmon dibuang kulit & tulang dan carrot dipotong nipis.
2. Rebus beras, ikan salmon dan carrot bersama.
3. Tunggu sehingga beras betul-betul kembang menjadi bubur.
4. Matikan api dan bubur tersebut perlu dikisar sehingga lumat 
(tidak perlu ditapis sebab Isaac dan 7 bulan)

Dan.... TaaaDaaAAAA!!!~

It's ready to eat!


 Porridge with salmon & spinach


 Cara-cara memasak:
1. Basuh beras wangi suku cupak kecil, 1/4 daripada sekeping ikan salmon dibuang kulit & tulang dan 5 helai daun bayam.
2. Rebus beras dan ikan salmon bersama.
3. Tunggu sehingga beras betul-betul kembang menjadi bubur.
4. Masukkan 5 helai daun bayam & biarkan layu beberapa saat.
5. Matikan api dan bubur tersebut perlu dikisar sehingga lumat 
(tidak perlu ditapis sebab Isaac dan 7 bulan)

Here you are..!!

 It's Yummy!~


WHY SALMON & SPINACH??

Tahukah mommies bahawa banyak khasiatnya daripada dua jenis makanan ini? Mari kita tengok apakah khasiatnya yang juga bukan sahaja untuk bayi tetapi kepada mommies jugak..

IKAN SALMON

Ikan salmon mengandungi lemak tidak tepu Omega 3 dengan DHA dan EPA yang tinggi protein serta mengandungi vitamin B12 dan vitamin D. Bagi bayi, khasiat ikan salmon ini adalah baik untuk menyokong pertumbuhan otak, mata dah sistem saraf badan bayi tersebut.


Kepada orang dewasa, ikan salmon ini berfungsi menurunkan risiko penyakit jantung, strok, hipertensi dan mencegah penyakit Alzheimer.  Selain itu, ikan salmon juga mempunyai khasiat sebagai makanan untuk kesihatan kulit.  Ia dapat menghalang kedutan pada kulit dan memelihara kulit agar tetap sihat dan halus.  Kandungan lemak tidak tepu Omega 3 juga dapat mengurangkan pengeluaran partikel yang boleh menyebabkan radang dalam tubuh yang boleh merosakkan kulit.

SAYUR BAYAM

Sayur bayam kaya dengan vitamin A, B, C dan zat-zat galian seperti zat besi, fosforus, kalium, mangan dan zink. Kandungan zat makanan bayam setiap 100 gram bayam mengandungi B-carotene (4-8 mg), Vitamin C (60-120 mg), Zat Besi Fe (4-9 mg), Kalsium (300-450 mg) dan serat. Kandungan Asid Folik dan serat yang tinggi (20-30%) sangat sesuai untuk kesihatan. Bayam turut kaya dengan sumber Beta Karotena serta mengandungi methionine dan sulfur asid amino dan nitrat serta oxalate untuk kesihatan.


Bayam dipercayai memberi khasiat kepada kanak-kanak, ibu yang menyusu dan pesakit yang mengidap demam panas, kurang darah, mengalami pendarahan dan mereka yang menghadapi masalah ginjal. Bayam tua yang direbus dan diminum dapat membaiki kualiti penglihatan dan memperkuatkan fungsi hati. Zat-zat yang terkandung dalam bayam juga adalah sangat bagus untuk otak dan tulang bayi. 
~ Happy Weekend ~

Thursday, March 8, 2012

33oz with 3 times pumping sessions in a day!

Salam mommies out there!~ 

What's up? Anyway, i'm here got something to share with.. It's about my yesterday total ebm production.. Hehehe.. I managed to get 33oz with 3 times pumping session only!~ Although it is not so much like what i've got last week (34oz).. But alhamdulillah.. praise to Allah.. Rezeki untuk anak ku Isaac..


Total EBM = 33oz

Aku nak share sangat pasal ada setengah orang beranggapan bahawa saiz breast memain peranan kepada kuantiti susu yang dihasilkan. Aku amat menyangkal perkara ini sama sekali. Aku dah buktikan bahawa perkara tersebut tidak benar sama sekali. Aku bercakap adalah berdasarkan pengalaman sendiri. Ini kerana aku masih mampu menghasilkan kuantiti susu yang banyak untuk anak ku. Kecil yang aku maksudkan adalah bersaiz 32 sahaja.

Jadi, pada mommies di luar sana yang beranggapan begitu, sila buang pandangan negatif tersebut. Aku tidak nafikan pada awal menceburkan diri dalam bidang breastfeeding ini (Hehehe), aku juga mempunyai pandangan yang sebegitu dan akhirnya benar-benar memberi kesan kepada penghasilan susu ku. Namun, atas banyak pembacaan yang dibuat, fahamlah aku bahawa konsep penyusuan adalah berdasarkan kepada Demand & Supply iaitu semakin banyak demand semakin banyaklah supply (susu terhasil). Dan kita harus berfikiran positif serta ceria selalu. Tidak ada kena mengena dengan saiz breast pun!

Namun, harus dijelaskan di sini bahawa demand tersebut haruslah konsisten. Apa yang dimaksudkan dengan konsisten adalah masa menyusu / mengepam haruslah sama pada setiap hari. Aku sendiri mempunyai jadual mengepam yang konsisten seperti ini:

DULU
Sesi 1: 5.30 a.m.  (tandem)
Sesi 2: 10.30 a.m. (double pumping)
Sesi 3: 1.30 p.m. (double pumping)
Sesi 4: 5.30 p.m. (double pumping)
Malam: Direct Breastfeeding (Sekiranya perlu, akan tandem 1x)

SEKARANG

Sesi 1: 7.00 a.m. (double pumping)
Sesi 2: 1.30 p.m. (double pumping)
Sesi 3: 6.30 p.m. (double pumping)
Sesi 4: 10.30 p.m (double pumping)
Malam: Direct Breastfeeding


Mommies sekalian boleh mengikut jadual aku ni.  Tetapi, seeloknya breast perlu dikosongkan pada setiap 2 hingga 3 jam sekali bagi memastikan breast sentiasa mendapat signal bahawa terdapatnya demand (keperluan). Sekiranya mommies ingin mengikut jadual pumping aku yang dulu, mommies bolehlah mengambil masa 20 hingga 30 minit bagi setiap sesi mengepam. Dan sekiranya ingin mengikut jadual sekarang, bolehlah mengambil masa kira-kira 45 minit hingga 1 jam bagi setiap sesi. Ini adalah perlu bagi memastikan breast benar-benar kosong.

Sekiranya mommies telah membuat direct breastfeeding kepada bayi mommies, mommies bolehlah mengepam bagi memastikan breast mommies benar-benar kosong. Oh ! Ya.. Aku juga ingin share perkara ini.. Mommies juga digalakkan untuk mengepam pada waktu dari jam 12.00 a.m. hingga 6.00 a.m. kerana pada masa ini susu sangat banyak terhasil.

~ Happy Breastfeeding Mommies ~

Saturday, March 3, 2012

Play & Learn Mat!~

Hello... Saje nak update blog nih since ade sedikit cerita nak dicoretkan.. Okey, before proceed further nak share nih adelah hasil pumping aku @ 2315 hour which is my last pumping session on 2nd March 2012. Huhuhu..


Alhamdulillah. 8oz. Sure tido dengan riang!~

Actually aku nak story mory pasal play and learn mat Isaac which orang putih kate killing two birds with one stone.. Tak sure la sesuai tak pepatah orang putih nih digunakan dalam konteks Isaac nih.. Hehehe.. Maktok Isaac belikan Isaac playing mat yang in the same time Isaac could learn something new while playing. Mostly about transport. 

Ni la playing mat tu.. Colourful kan..?? ;)
Credit to maktok.

Sukenye anak mama main.. Main sambil belajar okey.

Okey, mari kite tengok antara transports yang ade kat atas playing mat nih......

Yellow School Bus. Kalo bahse melayu senang skit. Bas sekolah.
Hehehe..

Yang ini adalah transport di udara = Aeroplane.
Kalo in Malay kapal terbang yer makcik-makcik.

Motor boat iaitu sejenis kenderaan atas air.

Van Ice cream pon ade.. Best..

Lain-lain transports pon ade.. :)

Yang paling penting Isaac kene semat dalam otak dia satu kenderaan darat iaitu....

Ambulans. Sebab Isaac kan future surgeon. Hehehe...

~GoOd Nite~