Tuesday, February 21, 2012

Isaac's Toys

Seperti baby-baby yang lain for sure their parents pun akan belikan toy for their child. This is good actually for their development process. Since the toy itself comes in different colour and design.  Sehingga ke hari ini Isaac cuma ada 6 jenis toys. Apekah mereka??

Jeng.. Jeng.. Jeng..

Pertama: Mr. Barney
Maktok yang belikan masa 1st day Isaac dilahirkan ke bumi nih.


Kedua: Mr. Tolo
Mama yang belikan kat Alamanda Putrajaya.

Ketiga: Fruit & Butterfly Chain
Papa yang belikan kat The Pacific Batu Pahat.

Keempat: Mr. Blue Hippo with bell
Ni pon mama yang belikan kat Manjaku Kuantan.

kelima: Teether Mickey Mouse
 Mama yang belikan kat SOGO Kuala Lumpur.

Kelima: FIFFY Elephant
Mama jugak yang belikan kat Butik FIFFY Batu Pahat.

Bila Isaac main dengan mainannye.. Ni la keadaannya..


Tapi, bila dah penat dan rasa mengantuk, ni lah jadinya.........

Berantakan la jadinye.... Miahaha..


-The End-

Monday, February 20, 2012

Congrats To My Big Sista For Her Newborn!~


Alhamdulillah dan syukur kepadaNya. Akhirnya kakak aku telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 19 Februari 2012 jam 1.20 pagi di Hospital Putrajaya..

Berat baby: 3.61kg. Besar kan.. Hehehe...

Nih la budak comel tu..
Putih gebu kan.. So sweeeet!!~

 Nama beliau Muhammad Adam Afiq bin Muhamad Budi.


Congrats to u Big Sista! Welcome to the club!~


Regards,
Intanruzlynn

Sunday, February 19, 2012

EBM = Travel + Outstation

Assalamualaikum & Hello to all..

Today, aku nak cerita mengenai EBM aku during travel and outstation.. As what u olls know, aku nih a fully breastfeed mother.. And of coz anywhere i go, mesti lah kene breastfeed anak aku otherwise aku kene pam. 


Best friend aku.. Spectra 3 (S3)


Kemana saje aku pergi mesti aku bawak best friend aku nih.. Gi ofis, balik kampung, outstation.. mesti bawak punye walaupon saiznye agak bagak kan.. Tapi banyak jasanya..

Selepas 3 bulan bercuti dengan bergaji penuh, cuti bersalin la kan.. aku amek 3 bulan... aku pon kene la kembali berkhidmat untuk negara.. aku mula masuk ofis pada 18 Oktober 2011.. Portfolio aku nih menyebabkan aku kene selalu outstation. 


So, first outstation aku adelah meeting di East Coast Economic Region Development Council (ECERDC) di KL. Biasanya sebelum keluar rumah aku akan pam terlebih dahulu dan pada jam 10.30 a.m. akan pam sekali lagi. Tetapi disebabkan tak sempat aku terpaksa skip session nih.. Aku bertolak dalam pukul 10.30 a.m. ke KL dan tiba di ECERDC KL around 2.00 p.m. Aku cuba cari port nak pam di sana.. Surau la kan.. Unfortunately the plug there is not functioning! Memandangkan dah lambat, aku attend jek meeting dulu.. Around 3.00 p.m. aku dah tak dapat nak control lagi dah since cik B sangat la sakit.. So, aku tebalkan la muke untuk tanya receptionist kat situ kat mana biasanya a breastfeeding mother pam.. So, dia tunjukkan la surau yang ade kat aras tu pada aku.. Alhamdulillah.. aku dapat la jugak pam.. tak lame.. dalam 10 minit jek.. Dapat la 8oz.. Sorry takde gambar.. Habis meeting 6.20 p.m. Tak sempat nak pam lagi sekali since ofis derang dah sunyi and aku sangat tak berani. So, aku decided balik terus.. But, driver ajak makan dulu before balik.. Maka, aku pon makan la... Masa tu Cik B dah start sakit semula... Tahan jek la.. Aku sampai di Kuantan dalam pukul 11.00 p.m. Korang bayangkan bertapa lamanye aku tahan and memang sangat sakit okeh! Sampai rumah aku balas dendam.. So, total EBM aku pada hari itu adalah 26oz.. Sorry, takde gamba.


Second outstation aku adalah ke Genting Highlands.. Yang ni takde masalah ape.. Cuma aku terpaksa berdiri semasa aktiviti pumping dibuat since plug kat dalam surau dia sangat la tinggi.. Total EBM yang aku bawak balik adelah 8 oz jugak.. Sorry, nih pon takde gamba..


Next, meeting aku kat cameron Highlands.. Ini lame sikit iaitu dari 14 Disember 2011 hingga 16 Disember 2011. Aku gi dengan Pembantu Tadbir (PT) aku iaitu Nadia dan Juruteknik aku iaitu Syaiful.  Kami bertolak pada 14 Disember 2011 jam 12.00 p.m. Sebelum bertolak aku dah pastikan aku pam terlebih dahulu sebab aku dah agak akan sampai lambat. 
Sepanjang di Cameron Highlands jadual pumping aku memang kelam kabut abes mane dan jek la sebab mane nak meeting lagi, nak buat product updates lagi.. Aku ada dua meeting masa kat sane dan dua-dua meeting tersebut aku jadi urusetia. So, hasil EBM yang aku dapat bawa pulang untuk Isaac adalah 87.5oz.. Campur-campur, ada liner ada botol..


Letak dalam polistrin putih. 
Total EBM = 87.5 oz


Ada juga EBM yang aku bawa balik disebabkan bercuti di rumah parents aku @ Putrajaya dan umah mother in law (MIL) aku @ Batu Pahat.. Sama ada Kuantan - Putrajaya - Kuantan atau Kuantan - Putrajaya - Batu Pahat - Kuantan atau Kuantan - Batu Pahat - Putajaya atau Kuantan - Batu Pahat - Kuantan. Tengok keadaan. Nih adalah beberapa gambar yang sempat aku ambil..


Travel Route:
Kuantan - Putrajaya - Batu Pahat - Kuantan


22 December 2011 - 23 December 2011
(Frozen EBM: 6 bottles x 4oz = 24oz)



24 December 2011 - 26 December 2011
(Chilled EBM: 6 bottles x 4oz = 24oz)



Sebenarnya kalau nak cerita, memang banyak jugak aku travel and bawak balik EBM.. Nanti ada masa aku update lagi okey..

~Chowz~

Cooking on Saturday!

Hye all!~


This morning aku nak share ape yang aku masak semalam. Yup! Saturday!~ Actually, aku nih bukanlah jenis yang ringan tulang untuk ke dapur memasak. Sangat the very lazy type of woman okeh!~ Tetibe aku teringin le sesangat nak makan makaroni bakar.. So, ape lagi. Aku telah merajinkan diri aku untuk buat makaroni goreng dan makaroni bakar.. Hehehe...

Awal pagi tau aku bangun. Lepas solat subuh tak tido dah.. Sangat semangat okeh! Hahaha.. Okeh, mari kita tengok ape bahan-bahannye..

Cili giling, cendawan butang (dihiris), daging cincang, tomato puri, lobak merah (dihiris halus).
Lain-lain bahan: Cheese, Bawang merah & bawang putih (ditumbuk kasar), air dan garam. 

Dan paling penting..

 Makaroni la.. Direbus dengan sedikit minyak dan ditoskan airnya.

Cara-cara masak aku malas nak cite.. Tapi ni lah hasilnye.. 

TaaDaaAAAA!!!~

 Makaroni goreng.

Makaroni bakar.
 
Korang abaikan yang dah dipotong sikit tu pasalnya aku tak menyempat-nyempat nak merasa sangat sampai lupa nak amek gambar! Hahaha.. But the taste is good!

* * * * *

Untuk Isaac pulak mama masakkan bubur perisa baru.. Hehehe...


Isaac's food: Raisins porridge.

Aku gunakan raisins yang ini yer...



Alrite.. Let's do it!

Cara-caranya....

 First: Masak bubur + raisins 7 bijik

Second: Blender bubur nasi & raisins sampai hancur lumat.

Third: Tapiskan bubur tadi.


Dan lastly..


TaaaDaaAA!!


Dah siap & ready to eat!~


Isaac suke sangat porridge nih.. Tengoklah aksi Isaac makan bubur nih.. Agak bersih la since banyak masuk perut dari berjejeh kene baju..

Isaac makan sampai licin!

Not like this one... 

 Porridge with carrot, ikan kerisi & raisins..  

Aksi makan Isaac seperti ini..

Messy gile sebab rasa porridge nih sour la mama.. 
Hehehe..


~The End~


Isaac's Mama ;D

Friday, February 3, 2012

STAGE II: Isaac and his first food

Isaac was introduced to the food when he was 5 months 2 weeks. At that time, I just gave him to taste the food first.. Because Isaac didn't know how to eat properly.  He didn't know eating with spoon.  Bila masukkan sudu dalam mulut, Isaac nak nyonyot sudu tu.. Habis comot baju Isaac. Hehehe... He prefer milk rather than food. Mama intro food kat Isaac awal sebab bila genap 6 months Isaac dah betul-betul pandai makan dan senang BS nak bagi Isaac makan. Cuma, pada masa tu mama bagi Isaac makan sekali or dua kali jek sehari sekadar untuk membiasakan dan kuantiti pon tak banyak. Kadang-kadang tak bagi pun, bagi susu je. Sampai la Isaac genap 6 bulan, baru mama bekalkan food dalam bag Isaac untuk hantar pada BS.  Masa tu mama tawakal jek la Isaac pandai ke tak pandai ke, mama bekalkan jugak. Alhamdulillah, bila petang mama datang fetch Isaac, BS cakap Isaac makan banyak sangat! Syukur!

What's Isaac first food?

Isaac mula-mula makan biskut nih..

Kemudian, mama bagi Isaac makan nih..

And then, mama kata kat papa, apa kata kita cuba flavor lain pulak.. 

So, kami pilih ni. 
Yup! Honey! Isaac like it very much!~


Mama also have bought Isaac this biscuit..
Orange flavour!

And then, last nite, mama had decided to cook porridge for Isaac.. Carrot porridge..

Rice & carrot was boiled

Then...

Mama blended the boiled rice & carrot

Then,it has to be filtered..


Lastly... Tadaaa....

It's done & ready to eat!

So, today.. Mama had supplied Isaac with carrot porridge when mama send Isaac to BS.. Mama hope that Isaac will eat the porridge that mama prepared for you..


Oh! Ya.. this is Isaac's feeding set.. ;)




Made with all my love to Isaac
~Isaac's Mama~

Wednesday, February 1, 2012

DANIAL ISAAC SIX MONTHS


Pada 26th January 2012 yang lepas, genaplah Isaac berusia 6 bulan.. Dah besar rupanya anak mama nih..


Happy Birthday to you..
Happy Birthday to you..
Happy Birthday to Muhammad Danial Isaac..
Happy Birthday to you..

Happy Birthday Six Months to My Lovely Son Muhammad Danial Isaac bin Muhammad Zulkarnain!!~ :)

Mama sayang Isaac sangat-sangat. Semuga Isaac jadi anak yang soleh dan beriman ya.. Amin..



Muhammad Danial Isaac cinta hati papa & mama


Isaac boleh meniarap sendiri pada usia 5 bulan setengah. Sekarang Isaac dah pandai reverse. Sampai kaki Isaac masuk bawah sofa. Hehehe.. Suke tengok development anak mama yang sangat comel ni.. 


Buku Rekod Kesihatan Isaac


Pada 26 January 2012 jugak mama bawak Issac gi Klinik Desa Indera Mahkota untuk buat monthly check-up. Berat Isaac dah bertambah. Sekarang dah 7.8 kg. Masa 5 bulan berat Isaac 7.1 kg. Isaac kene amek suntikan Hepatitis-B kedua. Alhamdulillah, Isaac kuat. Nangis sikit jek.  Tak pernah demam. Mungkin sebab Isaac minum susu mama sepenuhnya. Jadi imunisasi Isaac sangat kuat. Apa-apa pun mama lega, anak mama sihat.

Harini masa mama anta Isaac gi rumah BS, BS nampak Isaac dah ade dua batang gigi.. Kat belah bawah. Comel sangat. Patut pon asik nak gigit-gigit benda jek. Sampaikan pam mama pun Isaac nak gigit!! Anak mama dah makin besar. Nanti dah boleh makan bubur hasil tangan mama.. 

Stok EBM Bulan Januari 2012
75 storage bags x 4 oz = 300 oz


Pada usia Isaac dah capai 6 bulan 6 hari (pada hari ini), Alhamdulillah, Allah masih mengurniakan aku susu badan yang cukup untuk keperluan Isaac. Untuk genap bulan Januari 2012, hasil EBM aku berjumlah 300 oz. Sekarang Isaac masih menggunakan stok bulan November 2011. Semuga rezeki Isaac untuk terus mendapat susu ibu secara exclusive dari mama dapat mencapai usia 2 tahun. Amin.

lots of LOVEs,
~Isaac's Mama~ 

Isaac's Aqiqah

Assalamualaikum & morning..


Alhamdulillah.. Syukur pada-Nya, segala perjalanan Majlis Aqiqah Isaac telah selesai dan berjalan dengan lancar pada 23 January 2012 (Isnin) yang lepas di Batu Pahat dan pada hari aqiqah ini dibuat, Isaac akan berumur 6 bulan dalam masa 2 hari lagi.. Segala lauk pauk yang ditempah juga habis licin... Daging kambing yang dimasak oleh jiran mentua aku sangat la sedap.. Lembut saje menyebabkan aku yang kurang gemar makan daging kambing ni boleh tahan jugak makannya.. :) 

Kandang Kambing


Actually, pada pagi Isnin tu kami telah pergi memilih dan melihat sendiri sembelihan kambing dibuat bagi majlis aqiqah ini.. Kami telah pilih dua ekor kambing dari jenis yang berlainan dan juga berlainan saiz.. 

Isaac & Papa


Anak mama sorang nih memang senang dibawa ke mana-mana.. Tak meragam pun dia..


Salah seekor kambing yang dipilih.. Besar kan? Ini kambing import

Selesai memilih, upacara sembelihan pun dibuat

Isaac kene dukung dengan atok.
Sangat kusyuk tengok kambing dia kene siat kulit


Proses membuang kulit dan sebagai. 
Yang pakai kopiah putih tu adalah owner ladang kambing ni


Isaac & mama dah nak masuk kete


Selesai segalanya (dibuang segala yang tak perlu dan dipotong kepada beberapa bahagian) kami pun pulang untuk menghantar daging kambing tersebut kepada tukang masak yang telah dipilih. Seperti yang aku katakan tadi, dia adalah jiran mentua aku.



Selepas itu kami pergi ke bandar untuk membeli beberapa keperluan bagi majlis tersebut dan juga breakfast.. Sangat la lapar.. Hehehe.. Kemudian pulang ke rumah untuk menyempurnakan segalanya..



Majlis pada malam tu bermula pada jam 9.30 p.m. Ramai jugak yang datang dalam lingkungan 200 orang.. 






Mama & papa aku (mak tok & Tok wan Isaac) pun datang dari Putrajaya untuk turut serta dalam majlis ni..




Isaac suka Ustaz kasi rasa madu, garam, air zam-zam dan kurma.



Atok gunting rambut Isaac



Tok Wan gunting rambut Isaac


Selesai majlis tetamu dijemput makan


Majlis selesai dalam pukul 12.00 a.m. Lewat kan.. Tapi sangat lega semuanya dah selesai.. Alhamdulillah..

Esok paginya atok cukurkan rambut Isaac kasi botak.. Disebabkan rambut Isaac sangat lebat atok kene gunting dulu..

Isaac konon steady kene gunting rambut padahal dah ngamuk-ngamuk dah


Isaac dah botak untuk kali kedua



Oh! Ya.. sepanjang bercuti tu iaitu dari 21 January - 24 January 2012 aku hanya sempat pam sekali sehari saje.  Itu pun sekadar membuat tandem.. Dan ini adalah bekalan EBM yang berjaya aku bawa pulang..



Total EBM: 4 oz x 8 botol = 32 oz


Sekian, terima kasih.