Tuesday, October 13, 2015

BERLAJAR MENJADI TABAH

Melalui saat-saat sukar ketika ini benar-benar menguji aku. Aku sukar untuk memberi tumpuan sepenuhnya di pejabat. Aku seorang yang ceria asalnya. Tetapi ujian ini telah merubah diri aku. Aku menjadi semakin murung. Dan kadang kala aku terfikir adakah aku akan mengalami tekanan yang teruk. Jika boleh bercuti berbulan-bulan, ingin saja aku bercuti. Lantas, aku cuba berisghtifar. Mengingati yang Maha Pencipta. Cuba menyedari hakikat seorang hamba yang sememangnya layak diuji. Tapi kadang aku lemah juga. 

Aku tahu aku harus kuat.. Ada seorang putera kecil yang harus aku besarkan dengan dua tanganku. Melihat kisah-kisah duka wanita lain, ujian aku tidaklah seteruk mereka. Ada yang lebih teruk tetapi masih boleh kuat bangun teruskan hidup. Ya.. aku harus berfikiran positif. Harus kuat. Harus belajar menerima hakikat hidup bahawa suami juga adalah milik Allah dan Dia berhak mengambil semula daripadaku.

Walaupun ia masih belum berlaku, tapi masanya hampir tiba. Ia telahpun berada di peringkat akhir setuju balas perjanjian.  Entahlah.. otak aku kosong. Aku hanya fikirkan anak. Menatap wajah sikecil hatiku, jiwaku meruntum. Aku telah berusaha sebaik mungkin menyelamatkan mahligai yang dibina 5 tahun lalu. Tapi apa daya aku... Jika yang benar-benar inginkan mahligai ini roboh adalah dia.. 

Menoroti kata-kata Nora Danish satu ketika dulu:

Sebagai seorang wanita dan isteri, saya telah berusaha sehabis baik untuk menyelamatkan rumah tangga kami. Saya juga faham dugaan itu adalah lumrah sebuah perkahwinan. Namun siapalah saya untuk mempertahankannya kalau talak itu terletak di tangan seorang lelaki.

Ya.. Ia adalah milik seorang lelaki..

Ditambah pula pada saat ini aku seperti sudah tidak wujud dalam hidup. Di fb juga sudah tiada aku.. Seolah-olah ia telah berlaku. Aku juga dapat merasakan kawan-kawannya juga menganggap perkara yang sama walhal hakikatnya tidak. Aku masih isteri kepada dia!


Wahai anak kesayangan mama.. Muhammad Danial Isaac, Mama cuba menjadikan blog mama ini sebagai nukilan indah buat kita sekeluarga. Tetapi mama gagal, kerana akhirnya tercalit juga nukilan duka setelah dua tahun menyepi. Mama akan cuba juga redha. Mama sedar, mama bukanlah yang terbaik. Terlampau banyak cela dan kekurangan dalam diri mama. Mungkin akan ada sinar baru buat kita wahai anak selepas ini. Janji Allah itu pasti.

Doa, usaha, ikhtiar dan tawakal.
Ya.. Doa, usaha telah ku lakukan.. Ikhtiar seterusnya dalam proses untuk cuba dilakukan. Sekiranya masih menemui jalan buntu, maka tawakal kepada Allah swt adalah jalan yang terbaik. Dia lebih mengetahui segalanya. Walaupun setelah melakukan istiqarah dan hajat masih membuatkan aku merasa jodoh masih ada dengan dia, tapi aku masih tidak nampak jalan ke arah itu. Setahun berusaha adalah satu tempoh yang agak panjang dan telahpun dibazirkan. Sepatutnya telah banyak pahala dapat dibuat bersama suami tercinta.

Ya Allah bantulah hambaMu ini untuk menjadi tabah dan kuat dalam mengharungi dugaan Mu ini. Sungguh aku hambaMu yang lemah. Namun aku bermohon agar Engkau tidak sesekali meninggalkan aku sendirian dalam menempuhi ujian ini. Berkatilah usaha ku Ya Allah. Hanya kepadaMu ku berserah. Kau jadikan aku hambaMu yang redha dengan segala kententuanMu.
Aamiin Ya Rabb



Monday, September 28, 2015

AKHIRNYA.. DAPAT JUGA ACCESS


Assalamualaikum... Dah 2 tahun aku tidak mengarang dalam blog kesayangan aku ni. Banyak cerita tidak dapat aku kongsikan di sini. 

Apa pun harini aku bersyukur kerana akhirnya aku dapat access semula blog ni setelah lupa password. Hehehe.. Alhamdulillah.. Allah izinkan untuk aku mengarang semula. Dah putus asa jugak sebelum ni.

Hari ni aku sebenarnya dah bekerja di Putrajaya.  Syukur banyak-banyak kehadrat Ilahai akhirnya doaku, doa dari ibubapa dan suami telah dimakbulkan Allah swt.  Aku berjaya juga dapat kerja tetap.  Bekerja dengan kerajaan sebagai Penguasa Kastam.

Keluarga dan suami adalah insan yang paling gembira tatkala mendapat berita ini.  Syukur alhamdulillah. Suami memberikan aku satu pelukan yang cukup bermakna. Setelah bertahun-tahun memohon dariNya, akhirnya dikabulkan siapa yang tidak gembira kan?

Walaupun aku gembira, tapi disudut hati aku terbeban dengan satu perasaan berat. Mungkin ini takdir Allah bila Dia berikan sesuatu pada kita, akan ada sesuatu yang mungkin Dia tarik daripada kita.

Tidak mahu terus menuding jari pada sesiapa mahupun mencari silap orang lain kerana khilaf sendiri adalah lebih besar, aku redha atas segala ujian Allah swt buat aku. Sungguh ujian yang ditimpakan buat aku benar-benar merubah hidup aku. Ia mengajar aku untuk lebih mendekatkan diri kepadaNya. Lebih menghargai sesuatu. Dan lebih menginsafi diri.

Aku syukur kerana dengan ujian ini juga Allah melimpahkan aku hidayah. Mungkin dengan cara ini sahaja untuk aku tidak terus leka dengan mainan dunia. Syukur Ya Allah.  Awalnya bukan mudah untuk aku terima semua keadaan ini, tetapi Allah akhirnya memudahkan untuk aku. Aku belajar mencintai Dia melebihi segalanya.

Aku juga belajar memperbaiki diri. Mencari silap sendiri, mencari kekurangan diri lalu perbaiki segalanya. Aku sedar aku mungkin tidak mampu menjadi sempurna, namun aku tahu, setiap insan diberi peluang untuk berubah menjadi lebih baik. Ya aku berubah kerana Allah swt dan bukannya kerana manusia.

Bila tiba masanya nanti, aku harus kuat. Kuat dalam menerima takdir Allah swt yang lebih berat. Namun aku berharap pada ketika ia terlafaz, aku menerimanya dengan tenang. 

Firman Allah لا يكلف الله نفساً إلا وسعها , bahwa Allah tidak membebani seseorang diluar kemampuannya.
(Al-Baqarah: 286)

InnShaaAllah, aku dapat melaluinya dengan baik. Setelah aku memohon petunjuk daripadaNya, melakukan solat hajat memohon untuk diberikan apa yang terbaik buatku, dan doa tanpa putus, namun sekiranya Allah swt tidak menunaikan hajatku, maka pasti ada sebabnya. Allah swt luas pengetahuanNya. 

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” 
(Al-Baqarah: 216)

Apa pun yang akan terjadi kelak, aku harus sabar. Tidak pernah terlepas dalam doaku selesai solat agar dilimpahkan aku dengan kesabaran dan kekuatan hati agar menerima takdir Allah swt dengan lapang hati.  Juga menjadikan aku hambaNya yang sentiasa bersyukur dengan segala nikmatNya serta tidak berputus asa dengan rahmatNya.

“Wahai Orang-orang yang beriman!, Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan salat. Sungguh Allah beserta orang-orang yang sabar”. {QS. Al-Baqarah (2): 153}.

Petikan ayat-ayat Al-Quran ini banyak memberi aku semangat dan berfikir dengan lebih tenang untuk menerima segala takdirNya. Moga hari-hari mendatang lebih memberi seribu rahmat buatku sekeluarga. Aaminn Ya Rabb.


Tuesday, September 24, 2013

Blogku Bersawang Lagi

Salam..


Kali ini aku memang benar-benar menjadikan blog aku bersawang.. 

Actually, mood nak mengarang tu tak berapa nak ada.. jd memang bersawang la kan.. harini aku bukak email gmail aku and terbaca satu emel dari seorang kawan baru.. Emy Shuhaira namanya.. dia bertanyakan mengenai no comel yg aku gnakan utk diletakkan pd botol-botol ebm aku sebelum dihtr ke rumah pengasuh. Terima kasih emy kerana emel kpd sy. jd semangat semula nak mengarang. Hehehe..

Saya telahpn reply emel awak dan berharap awk membacanya nanti.. Jika perlu pertolongan sy, insyaallah sy akan cba dapatkan no tersebut. Bg semangat kat kawan baru yg nak breastfeeding.

Actually... perjalanan breastfeeding aku telah lama tamat.. Pada usia anak aku 1 tahun 10 bulan.. Kenapa? Atas kesilapan diri sendri akibat tertinggal breast pump semasa bercuti di Hong Kong dan China baru-baru ini menyebabkan jadual mengepam aku menjadi huru hara serta breast yang tidak dikosongkan dengan betul menyebabkan akhirnya kuantiti susu yg dpt dihasilkan adalah pada paras yg sgt2 kritikal.. Jadi aku terpaksa redha dengan ketentuanNya.. Sehingga situ sahaja aku dapat fully breastfeed anak aku. Anak aku telah diberikan dengan susu tepung Ilham dan pada belah malamnya aku habiskan baki stok ebm aku.. sehingga umurnya genap 2 tahun barulah anak aku minum 100% susu lembu ok.. hehehe..

Tapi semangat aku masih belum pudar.
Semangat ini akan aku teruskan untuk anak kedua.
Walaupon aku masih belum bersedia untuk mengandung lg bt masa ini,
tapi itu bukan penghalang untuk aku teruskn breasfeeding utk anak seterusnya.
Mom's milk is the best right?


 Aku sebenarnya agak bangga juga kerana telah mencetuskan satu fenomena..
Fenomena breastfeeding.  Yup di officeku..
Tak sangka.. Akhirnya aku berjaya membuka pintu hati ramai ibu
untuk mengikut jejak aku.
Begitu juga dengan adik ipar aku jg turut breastfeed anak keduanya.
Gembira? Sudah tentu aku gembira..

Nanti aku nak update mengenai percutian kami di Hong kong dan China.
Walaupon dah agak basi sebenarnya.. 
Tapi tak mengapa.. Blog ini akan menjadi coretan kenangan tersebut
agar bole diingati selalu..

Salam sayang
Mama Isaac

Wednesday, April 17, 2013

ILUSTRASI BREASTFEEDING YANG MENARIK!!

Selamat Petang Semua..

Ada beberapa ilustrasi menarik untuk anda semua
yang cintakan breastfeeding..

Nah.. Bole tampal kat peti ais..
Or nak beri pada pengasuh pon ok..
Lg senang paham kot..


KAEDAH MENGENDALIKAN EBM

CARA 1 



CARA 2

    

SEKIAN.. ADA MASA AKU TAMBAH LAGI OK.. :)

KELENGKAPAN BREASTFEEDING UNTUK IBU-IBU BEKERJAYA

Salam & selamat pagi

Harini setelah lama tak update ape-ape kat blog nih
aku saje la nak share sedikit info
mengenai kelengkapan breastfeeding
untuk ibu-ibu bekerjaya
yang akan memulakan tugas selepas maternity leaves.

Info ini boleh digunakan sebagai persediaan memulakan tugas baru
setelah lama bercuti kan..

Jom kita lihat apakah kelengkapan tersebut.

1. BREASTPUMP

Tak kesah la korang nak bawah yang elektrik atau pun manual.
Terpulang kepada keselesaan masing-masing.
Tapi untuk aku masa awal-awal mula kerja selepas cuti bersalin
aku bawa elektrik breastpump. Dan sekarang aku lebih selesa guna yang manual je.





2. COOLER BAG

Cooler bag mmg perlu dibawa bersama untuk mengisi susu ibu yg telah diperah.
Walaupon ada setengah ofis menyediakan peti sejuk,
tetapi adalah lebih molek sekiranya kita simpan di dalam cooler bag.
Ia lebih peribadi bukan?  
Kalau dulu aku hanya bawa 1 je cooler bag 
tetapi sekarang ni aku mengusung 2 cooler bag setiap hari
1 untuk isi breastpump dan 1 lg utk isi EBM.





3. BREASTMILK STORAGE BOTTLE

Breastmilk storage bottle digunakan semasa proses pemerahan dilakukan.
Kalau tetinggal jenuh jugak kan? Jadi pastikan anda tidak lupa bawa bersama ya..





4. BREASTMILK STORAGE BAG

BM Storage bag digunakan untuk memasukkan EBM yang akan dijadikan stok.
Ini juga dapat menjimatkan penggunaan ruang dalam cooler bag dan cooler peti sejuk nanti.





5. MASKING TAPE, GUNTING & PEN

Alat-alat tulis ini amat penting especially masking tape kerana di atasnya akan tertera 
tarikh, masa & kuantiti EBM yang diperah.
Ada setengah orang menggunakan marker. Tapi takkan kita nak conteng atas botol kan?
Atas BM Storage bag mungkin boleh.




6. ICE PACK / BRITE ICE

Ini juga sgt penting kerana apelah gunanya ada cooler bag sekiranya tiada ice pack / brite ice.
Pastikan anda menggunakan ice pack / brite ice yang tahan lama.
Ini bagi memastikan EBM akan sentiasa sejuk dan tidak akan rosak.
Rugi kan kalau rosak?
Saya akan pastikan ada 1 ice pack dan 1 brite ice dalam setiap cooler bag yg sy gunakan.




7. KAIN NAPKIN

Ini adalah kelengkapan terakhir dan walaupon tidaklah berapa perlu sangat. Tetapi byk jugak kebaikannya sekiranya dibawa bersama.   


 Itu saja untuk kali ini.
Sekian.. ;)
                   

JALAN-JALAN KE SG. LEMBING

Hye!~

Aku sebenarnya nak cerita pasal kami jalan-jalan ke Sungai Lembing. Ingatkan dah post.. sekali dok dalam draf aje.. berabuk dah la.. 

Tapi takpe, aku share la jugak..  
Kitaorang gi pada 17 Februari 2012.  Lama dh kan? Hehehe...

Husband aku yang beria-ria sgt nak bawa aku & Isaac jalan-jalan ke Sungai Lembing.
Excited sangat husband aku tu.
Kata dia atleast bila orang tanya dah pernah samapi ke Sungai Lembing ke blum??
Kita boleh jawab "dah!" :)

Kami pergi ke Muzium Sungai Lembing
dan
Terowong Bijih Besi Sungai Lembing.

 
Entry ke Muzium Sungai Lembing nih FREE.
Jadi sangat digalakkan pergi.

Kat dalam banyak sejarah mengenai Sg. Lembing dapat kita ketahui.

Hermp.. Aku paling tertarik dengan mesin kat bawah nih..

Ini mesin taip okeh..
Dah macam mesin jahit dah.
Besar gabak okeh. Hehehe..
Yang sebelah tu agak portable la kan.. :)  

Dan yang ini..
Tau ape nih? Ini adalah mesin kira wang!!

Actually ada byk lagi benda menarih kat muzium nih.
Pergi dan hayatilah sendiri :)

Ni je gambar yang aku sempat amek dlm tu.. Hahaha..
 
Kami juga masuk ke terowong bijih.
Bayaran masuk bagi dewasa : RM30 dan kanak-kanak : RM15.
Mereka buat promosi sekarang ni.
50%. Jadi sangat menguntungkan.
Tak rugi melihat nilai sejarah.

Untuk Isaac - FREE LAH!! 
I'm still a baby okeh!~ 

Terowong bijih sungai lembing adalah terowong bijih yang terpanjang dan terdalam di dunia!!
Kagum kan??
Walau bagaimanapun, tidak semua lubang atau pintu dibuka kepada umum.
Ini adalah kerana faktor keselamatan.

Untuk masuk ke dalam kami dibawa menaiki lokomotif melalui landasan keretapi sepanjang 80km.
Kemudian kene la jalan kaki sendiri. Penat jugak kot.
Gilir-gilir la aku & husband dokong Isaac.. Huhuhu...

Kat dalam tu banyak yang kami lihat dan rasai seperti  Lubang Sejuta, Kiew dan laluan ke Lombong Myah.

Apa-apa pon, tak rugi pergi.. Cuma aku harap akan dibuat penambahbaikan dari 
masa ke semasa terutamanya di bahagian 'tapak injin'. ;)

-intan- 
    

Friday, February 15, 2013

THANKS TOKWAN!!~


Oh!~ Lupa nak update..
Minggu lepas tarikh 1 Februari 2013
Kami balik 'kampung' Putrajaya.. Hehehe..

Masa sampai kat sana yang ada maktok and makcu..
Esoknya baru tokwan balik.. Tokwan Isaac la.. hehehe..

Tokwan memang dah asyik cakap je kat Isaac nak belikan hadiah.
Katanya kene share dgn adam.. Cousin Isaac.

Kata tokwan, hadiah tersebut berupa seperti alat bantuan belajar.
Untuk kanak-kanak..
Boleh sebut ABC dan ada lagu.
Ada button huruf ABC - Z..
Timbul dan mudah untuk ditekan.





Jadi, seperti dijanjikan..
Tokwan pon beli la hadiah tersebut..
Sebijik bas bewarna merah..
Nampak tak dalam gambar tu?
  Memang keje menekan la Isaac kan..
Sebab ade lagu..
Tersengeh-sengeh dia..
Siap joget-joget lagi.
Tapi yang tak boleh blahnye..
Isaac siap naik atas bas tu!!
Anak oh anak!!
 
Apa pon TQVM tokwan!!~ :)